Pages

Sunday, April 22, 2012

50 Days to Shred

Saya nak buat pengumuman ni.. saya akan mengikuti cabaran bersama-sama kengkawan fb kat kmmk untuk berdiet dan mencapai berat idaman. Cabaran 50 days to shred ni akan berlangsung selama 50 hari bermula 23/4 hingga 11/6. Setiap isnin semua peserta diwajibkan menghapdet berat masing2.. kalau tak hapdet 3kali berturut2, nampak sangat tak komited kan? Apa lagi, kene blacklisted. Hehe

Kelainan cabaran kali ini , ialah peserta dibahagikan mengikut kategori berat & saya kategori 60kg ke atas. Pergh.. peserta kategori ni memang best dan happening, memang boleh jadi sumber inspirasi dan bahu utk kita mengadu mendapatkan kata semangat sepanjang cabaran ini.

Strategi & objektif saya kali ini agak simple, memandangkan cabaran sebelum ini saya gagal melaksanakan misi dengan bersungguh2, kali ini I'll will do my best to finish it.

Satu perkara yang memberi kesan mendalam di atas kegagalan saya pada cabaran yang lepas ialah saya tidak bersungguh2. Saya pasti kalau saya buat dengan betul dan yakin, pasti ada kejayaan itu. Bukan untuk menang tetapi untuk mendapat berat @ saiz idaman yang kurang dari sebelum ini.

Perkara asas yang akan saya pegang;

@ Atkins akan jadi pilihan diet saya

@ Senaman akan menjadi keutamaan pertama saya

@ Berat akan jadi perkara penting yang terakhir bg saya

@ Saya akan buat sampai ke garisan terakhir tak kira walau berat saya naik @ statik

@ Saya yakin dengan apa yg saya buat

@ Habis cabaran ni, nak balik kampung dan makan apa yang mak masak sebagai reward untuk usaha saya


Okay... Itu saja maklumat terkini dari saya.. jom kita berusaha untuk kurus dengan syarat tak memudaratkan kesihatan yer... Sayang semua

Terima kasih...;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

dariagraphy said...

mari lah kita sama2 buat bebetul kali ni kak diyah :) thanks atas nasihat akak ngan sy kat fb tadi k - nurrul

Unknown said...

Lepas ni kita sama2 berusaha yer nurul.. wahhhh bersemangat akak jadinya...

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...