Pages

Saturday, April 28, 2012

Dan Sebenarnya

Cewah.. tajuk macam lagu Yuna. Memang lagu peberet saya. Tapi tajuk tu adalah kelangsungan kepada diet master cleanse saya tempoh hari.

Jujur saya katakan, kehilangan 5 kg dalam masa 9 hari amatlah mengagumkan saya. Mungkin juga pada anda.. tetapi ingin saya nyatakan di sini, persediaan mental selepas MC ni juga amatlah perlu kerana kenaikkan berat secara mendadak juga akan berlaku.

Maklumlah dah berhari-hari tak makan tetiba dapat makan.. ape lagi, badan yg sebelum ni dah disetkan tak makan apa2 tetiba kita makan dia pun dah lupa sekejap macamana nak proses makanannya. Maka terjadilah penghasilan lemak yg mendadak. Maka nya jugak, naikla berat badan saya jugak.. tapi syukur saya tak risau. Lambat laun berat akan menurun dgn syarat makan dgn terkawal & senaman. Sabar itu indah... Sabar sabar sabar...

Saya masih mencuba dan mencari kesesuaian dalam berdiet. Untung saya mempunyai ramai kawan seperjuangan yg sama2 membantu memberi input berkenaan diet. Syukur Alhamdulillah...

50dts rasanya berat minggu pertama akan mengejutkan... NAIK.. huhu but I'm okay.

Don't worry be happy!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

RAHSIA BARU

Assalamualaikum..
Baru selesai workouts to shape my body haha!! jam 9.15 malam baru start beb! ha itulah janjiku pada diriku kali ini. Diet tak strict sangat, tapi workout mesti buat yer...

Saya ada sesuatu nak kongsikan dengan kengkawan, nak tak badan cantik dan slim tapi tak perlu sekat nak makan sampai rasa tertekan?

Senang jer.. makan makanan yg sihat tapi dengan portion yang betul (jgn banyak sangat la) dan mesti senaman. Senaman wajib hari2.. kalau anda boleh buat macam nie... timbang la sebulan sekali, pasti ada penurunan!! Walau 2 kg sebulan anda perlu tahu bahawa penurunan begitu lebih sihat dan kekal lama.
Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang, mampukah anda bertahan dan bersabar dengan konsep sebegitu?! haha

Saya jenis orang yang tidak sabar, semua nak cepat... tetapi InsyaAllah saya sedang berusaha ke arah itu. Kemanisan orang bersabar adalah sesuatu yang indah. Untuk menyediakan minda yang sebegitu tenang dan sabar memerlukan pengalaman kecewa dengan penurunan berat badan yang statik atau naik mendadak. Itu semua telah pun berlaku kepada saya...

Oleh itu sekarang, saya tidak begitu mempedulikan berat badan saya (yang sebenarnya sedang naik). Untuk meringankan kepala memikirkan semua perkara ini, saya hanya menetapkan satu matlamat, KAWAL MAKANAN & SENAMAN HARI2.

Sama-sama kita lihat hasilnya nanti yer kengkawan..(jadi ke tak formula saya ini). Pada anda yang memang mempunyai alasan untuk tidak bersenam, buang jauh2 alasan anda kerana untuk kurus dan sihat, senaman itu MESTI buat. Haha kejam tak saya kali ni?? Jangan marah sebab saya pun tak marah kat diri saya yang tengah dipaksa untuk bersenam.

Okaylah... terima kasih pada yang mengikuti blog ini , jom kita beramai-ramai mencapai berat idaman.. tapi untuk saya, shape idaman.. haha..

Sunday, April 22, 2012

50 Days to Shred

Saya nak buat pengumuman ni.. saya akan mengikuti cabaran bersama-sama kengkawan fb kat kmmk untuk berdiet dan mencapai berat idaman. Cabaran 50 days to shred ni akan berlangsung selama 50 hari bermula 23/4 hingga 11/6. Setiap isnin semua peserta diwajibkan menghapdet berat masing2.. kalau tak hapdet 3kali berturut2, nampak sangat tak komited kan? Apa lagi, kene blacklisted. Hehe

Kelainan cabaran kali ini , ialah peserta dibahagikan mengikut kategori berat & saya kategori 60kg ke atas. Pergh.. peserta kategori ni memang best dan happening, memang boleh jadi sumber inspirasi dan bahu utk kita mengadu mendapatkan kata semangat sepanjang cabaran ini.

Strategi & objektif saya kali ini agak simple, memandangkan cabaran sebelum ini saya gagal melaksanakan misi dengan bersungguh2, kali ini I'll will do my best to finish it.

Satu perkara yang memberi kesan mendalam di atas kegagalan saya pada cabaran yang lepas ialah saya tidak bersungguh2. Saya pasti kalau saya buat dengan betul dan yakin, pasti ada kejayaan itu. Bukan untuk menang tetapi untuk mendapat berat @ saiz idaman yang kurang dari sebelum ini.

Perkara asas yang akan saya pegang;

@ Atkins akan jadi pilihan diet saya

@ Senaman akan menjadi keutamaan pertama saya

@ Berat akan jadi perkara penting yang terakhir bg saya

@ Saya akan buat sampai ke garisan terakhir tak kira walau berat saya naik @ statik

@ Saya yakin dengan apa yg saya buat

@ Habis cabaran ni, nak balik kampung dan makan apa yang mak masak sebagai reward untuk usaha saya


Okay... Itu saja maklumat terkini dari saya.. jom kita berusaha untuk kurus dengan syarat tak memudaratkan kesihatan yer... Sayang semua

Terima kasih...;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

MC dah selesai

Alhamdulillah... Selesai sudah ber Master Cleanse kan diri.

Memang macam tak percaya dapat buat tanpa kantoi 9 hari. Aik! Nape 9? Bukan ke patut 10 hari???!!! Haaa... That's me! langit tak selalunya cerah. Saya ni jenis yang cepat pudar keazamannya. Hari ke 8 tu pun memang dah merajuk dan mengidam gila nak makan melarat sampai hari ke 9.

Memandangkan jus lemon untuk hari ke 10 tak ada, period pun dah start, weekend pulak tu, hapelagi... Bertanduk2 la setan menghasut tak yah MC.

Saya menamatkan MC dengan berat terakhir dan terbaik iaitu 64.9kg. Wahhhh... Anggap jer 65kg. So selama 9 hari MC, selain dari membersihkan kolon, saya dapat hilangkan 5kg & memecahkan rekod berat saya kepada 64.9kg. Sebelum ni yg terbaik 66.5kg. Jumlah penurunan setakat ini 13kg. Ada lagi 5 kilo untuk mencapai berat idaman.

Saya cuma ada 2 hari untuk makan dengan mengikut anak tekak sebab isnin nanti, 23/4 saya akan memulakan misi mencapai berat idaman dalam cabaran 50 days to shred kat fb KMMK.

Wish me luck dan dapat mencapai berat 60kg yer...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Hari ke 7 lemonade diet

Syukur.. lagi 3 hari je. Tak lama dah nak habis MC nih.. fuh mcm x percaya bole lalui 7 hari ni tanpa sebarang masalah.

Hari ke 6 paling teruk, 530pg ke toilet dan selepas tu tak der dah. Risau jugak, perut dah takder nak dibuang ke? Malam nak tido pun dah duk berangan macam2 menu makanan dlm kepala otak ni. Letih sangat semalam, tertido sampai 930mlm. Tak dapat la nak workout sebab dah lewat.

Alhamdulillah.. berat terkini adalah berat terbaik yg belum pernah dicapai lagi sepanjang mengejar berat idaman. Objektif kedua saya buat MC ni telah pun tercapai.. tapi kita tunggu sampai habis yer. Nanti saya review berat terakhir selepas MC... Okay..

Selamat berdiet suma... Jangan percaya dgn berat anda tapi percaya dgn apa yg anda lakukan utk berat idaman...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 14, 2012

Haloooooo....

Hari ke 3 ber "Master Cleanse". Saja nak kongsi perasan dan pengalaman. Paling lucu, sepanjang ber MC ni, saya amat PEKA pada bau makanan dan saya boleh meluangkan masa berjam-jam memikirkan menu makanan yg hendak dimakan selepas MC tamat.

Alhamdulillah... Saya tak menjadi penunggu tetap toilet, bangun pagi sekali dan 1-2 jam selepas tu skali lagi. Selepas 12tghari, dah okay.

Air garam memang tak boleh nak minum... Giler x sedap wei!!!.. 2 pagi jer minum air garam, lepas tu ganti ngn lax tea, memang lax tea buat perut meragam sikit. Jam 2 petang pun ada masuk tandas.

Peliknya, tak makan apa2 tapi masih ada yang nak dibuangkan. Haaa.. cuba fikir? Jelas terbukti kat dalam perut saya ni banyak betul yang tertinggalkan...

Harap berjaya sampai hari ke 10. Semangat sebab tahu perut sedang dinyahtoksinkan, pasal berat badan, dpt cecah kurang dari 66.5kg pun dah syukur.. adios!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 08, 2012

APA DAAA..

Baru minggu lepas berdiet turun 66.7 kg, lepas tu saya boleh tak diet dan hari ni masih 69 kg. Apalah saya ni kan?.. kalau tak insaf lagi tak tau la.. sekian.

KEKELIRUAN DIRI

Waduh2 dah lama tak update blog, sebab saya ada masalah kekeliruan.
Kekeliruan pasal ape? Pasal keazaman saya, saya menulis perancangan diet saya memang penuh keazaman, tapi bila saya melaksanakannya saya cepat hilang keazaman.
Ya, saya menyesal sebab saya stop diet dalam tempoh yang panjang, kalau saya tak stop, mesti saya maintain sampai arini.
Saya masih tertanya-tanya bagaimana saya boleh berjaya turunkan 11kg dan kini hanya berjaya mengekalkan 9kg sahaja. Macam tak percaya pun ada tau. Melihat kepada sikap saya sekarang, memang saya rasa pelik, kenapa dulu saya boleh?!
Kesimpulannya, masalah tu datang dari diri saya sendiri, saya tak konsisten.. Saya asyik mencari diet lain kononnya diet tu tak menjadi dengan saya, padahal sebenarnya saya sedang mencari salah lain bukan nk mengaku kesalahan saya. Kali ni saya nak mengaku sebenarnya saya yang salah:
1) Mengada nak makan itu ini (padahal tak lapar pun, kalau makan pun perut rasa sebu jer).
2) Malas nak senaman padahal anak dah besar, suami tak suruh masak.
3) Balik keje jer saya nak tidur. Padahal dulu mesti saya senaman. Melampaukan?!!
4) Saya nie dah seperti telur sebiji riuh sekampung. Saya dah mengutuk diri kaw2 sebab bila saya baca balik saya akan sedar dan nilai samada saya masih takuk yg lama atau dah berubah.

Okaylah saya plan nak buat dulu, kalau dah berjaya baru saya war2kan disini untuk kengkawan. Harap kejayaan saya bule dijadikan semangat pada kengkawan. Jom diet & semoga kita berjaya yer kengkawan.
Tahniah pada kengkawan yg berjaya ber atkins dan dah turun berkilo2 meninggalkan saya terutamanya, regina dan leyla... sampai hati korang tinggalkan aku.. huwar!!!!

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...