Pages

Sunday, April 22, 2012

50 Days to Shred

Saya nak buat pengumuman ni.. saya akan mengikuti cabaran bersama-sama kengkawan fb kat kmmk untuk berdiet dan mencapai berat idaman. Cabaran 50 days to shred ni akan berlangsung selama 50 hari bermula 23/4 hingga 11/6. Setiap isnin semua peserta diwajibkan menghapdet berat masing2.. kalau tak hapdet 3kali berturut2, nampak sangat tak komited kan? Apa lagi, kene blacklisted. Hehe

Kelainan cabaran kali ini , ialah peserta dibahagikan mengikut kategori berat & saya kategori 60kg ke atas. Pergh.. peserta kategori ni memang best dan happening, memang boleh jadi sumber inspirasi dan bahu utk kita mengadu mendapatkan kata semangat sepanjang cabaran ini.

Strategi & objektif saya kali ini agak simple, memandangkan cabaran sebelum ini saya gagal melaksanakan misi dengan bersungguh2, kali ini I'll will do my best to finish it.

Satu perkara yang memberi kesan mendalam di atas kegagalan saya pada cabaran yang lepas ialah saya tidak bersungguh2. Saya pasti kalau saya buat dengan betul dan yakin, pasti ada kejayaan itu. Bukan untuk menang tetapi untuk mendapat berat @ saiz idaman yang kurang dari sebelum ini.

Perkara asas yang akan saya pegang;

@ Atkins akan jadi pilihan diet saya

@ Senaman akan menjadi keutamaan pertama saya

@ Berat akan jadi perkara penting yang terakhir bg saya

@ Saya akan buat sampai ke garisan terakhir tak kira walau berat saya naik @ statik

@ Saya yakin dengan apa yg saya buat

@ Habis cabaran ni, nak balik kampung dan makan apa yang mak masak sebagai reward untuk usaha saya


Okay... Itu saja maklumat terkini dari saya.. jom kita berusaha untuk kurus dengan syarat tak memudaratkan kesihatan yer... Sayang semua

Terima kasih...;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

MC dah selesai

Alhamdulillah... Selesai sudah ber Master Cleanse kan diri.

Memang macam tak percaya dapat buat tanpa kantoi 9 hari. Aik! Nape 9? Bukan ke patut 10 hari???!!! Haaa... That's me! langit tak selalunya cerah. Saya ni jenis yang cepat pudar keazamannya. Hari ke 8 tu pun memang dah merajuk dan mengidam gila nak makan melarat sampai hari ke 9.

Memandangkan jus lemon untuk hari ke 10 tak ada, period pun dah start, weekend pulak tu, hapelagi... Bertanduk2 la setan menghasut tak yah MC.

Saya menamatkan MC dengan berat terakhir dan terbaik iaitu 64.9kg. Wahhhh... Anggap jer 65kg. So selama 9 hari MC, selain dari membersihkan kolon, saya dapat hilangkan 5kg & memecahkan rekod berat saya kepada 64.9kg. Sebelum ni yg terbaik 66.5kg. Jumlah penurunan setakat ini 13kg. Ada lagi 5 kilo untuk mencapai berat idaman.

Saya cuma ada 2 hari untuk makan dengan mengikut anak tekak sebab isnin nanti, 23/4 saya akan memulakan misi mencapai berat idaman dalam cabaran 50 days to shred kat fb KMMK.

Wish me luck dan dapat mencapai berat 60kg yer...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...