Pages

Thursday, December 29, 2011

CEPATNYA waktu berlalu

Bismillahirrahmanirrahim....
2011 tinggal 2 hari lagi...Selepas itu, 2012 akan muncul, Begitu cepat masa meninggalkan kita... kenapa bukan kita yang meninggalkan masa? haha sebab manusia tak pernah cukup dengan masa yang diberikan.. 2012 akan memberikan satu episod yg baru dalam hidup aku,
Puteri sulong ku dah masuk Tahun 1, Qistina berjaya masuk Sek Ren Agama Intergrasi Tengku Ampuan Fatimah, Batu Belah Klang. Syukur alhamdulillah salah satu target tahun 2011 telah pun tercapai, nak masuk sekolah tu kena periksa, kalau lulus baru buleh masuk.. Harap putera kedua ku pun dapat masuk tahun depan, itu target untuk 2012.
Kenangan paling manis tahun 2011, tentunya aku kehilangan berat 10kg, tak pernah aku menyangka aku akan kehilangan berat sebanyak itu dan aku masih berusaha untuk menghilangkan 7kg bagi mencapai 60kg. Itu akan menjadi target untuk tahun 2012 pula...
Aku berusaha kurus untuk melepasi syarat yg ditetapkan oleh hubby untuk mengandung anak ke 3, keinginan untuk ada baby dah memuncak, dan itu merupakan target 2011 yg terpaksa aku bawa ke tahun hadapan...Cuma yang aku risau, bila dah kurus nanti, tak nak peknen pulak..:)
Azam 2011 yang akan aku bawa ke tahun 2012 semestinya menjadi Hamba Allah Yang Solehah. Anak yang menyenangkan hati ibu, Isteri yang membahagiakan suami, Ibu yang membahagiakan anak2, Kawan yang membahagiakan mereka dan seorang insan yang sayangkan diri sendiri.....

Monday, December 26, 2011

LUPA DIRI....

Semalam bergumbira dgn penurunan berat 2 kg, brunch nasi 2sb,ikan,telur goreng & sayur. Dinner nasi goreng homemade sepinggan. Air puteh dah ke laut.

Pagi ni, anak2 request donut, so bangun awal pagi buat donut... Telan 2 biji... Wah wah wah... Lupa diri, tak sedar diri... Target ujung minggu ni, nk hilangkan 1.7kg.

Bermula dari saat ni, start diet balik... Insaf.. takmo jadi orang yg cakap x serupa bikin anymore.... Terlebey sudaa...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, December 25, 2011

Alhamdulillah turun lagi 2kg

Hasil R&D diri sendiri...
Mengikut sifu diet atkins, kalau berat tak nak turun, cuba kaji semula apa yang dah diambil, nasib baik saya catat semua makanan yang saya ambil, saya pun buka semula update yang dahulunya turun 4kg seminggu dan baru saya perasan, saya dah terlebih makan dari sepatutnya....walaupun apa yg saya makan kurang dari 20gm karbohidrat tetapi mungkin badan saya nie lembab sikit nak membakar lemak, so untuk diri saya kene kurangkan lagi makanan yg diambil,  lagipun dah 8kg hilang maybe badan dah lali nak membakar...saya tekadkan untuk buat R&D ke atas diri saya.

Kalau anda tengok update saya last week, saya ada wujudkan satu lagi cabaran "Induction for new year" a.k.a IFNY bersama2 CDCS untuk dijadikan hadiah tahun baru saya.. Buleh klik SINI untuk maklumat. Antara perkara2 yg saya tekankan dalam diet kali nie:
  • Mesti minum air 600ml sebelum makan, sebab saya makan sedikit, kalau badan dalam mode lapar, dia takkan membakar lemak kita, dgn air, perasaan lapar dapat dihilangkan.
  • Breakfast & Lunch hanya makan bekal yang dibawa. Suami saya akan buat 2 sahaja (samada sosej & telur @ Sosej & burger ayam)
  • Saya akan menolak bersungguh2 segala pelawaan kengkawan dgn alasan "New year nanti kita makan sama2. I tak diet dah nanti...huhu"
  • Makan malam mesti sebelum pukul 6ptg, selalunya saya lapar manja jer..tidor awal mesti tak lapar.
  • Lagi satu R&D yang saya buat, jangan naik timbang (menimbang)...memang perkara nie pun saya pastikan saya tak buat...(tapi curi2 naik timbang kat tempat keje jgk, hehe )
Berikut adalah senarai yang saya wujudkan dan catatkan sepanjang IFNY:

Sunday, December 18, 2011

BLOG Baru...

Yeay! memandangkan saya baru merasai keseronokkan berblog nie...(baru tau ka? orang lain dah jemu dah..hehe) saya merancang untuk mewujudkan 2 blog yang baru:-
  1. Blog untuk info tempat-tempat percutian yang saya lawati!
  2. Blog untuk resepi masakan yang telah dimasak oleh saya dan sedap!
Kenapa saya nak buat blog macam ni? sebab kurang info mengenai tempat2 percutian dari pengalaman sendiri, cuma dari laman web rasmi tempat tersebut sahaja, sebab kedua, resepi masakan nie bermacam2 cara dan bahan untuk satu menu sahaja..so, apasalahnya saya berkongsi cara saya. Yang paling best, saya merupakan orang yang tidak berpengalaman, so dari situ blog nih akan lebih bersahaja dan kita semua bule enjoy!! nantikan ye! lol :P

INDUCTION FOR NEW YEAR

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Sudah seminggu diet atkins saya tersasar jauh dilanda ombak tsunami...salah saya sendiri...tak matang, sedangkan jalan lurus dah diberi, tapi masih nak belok kesana sini untuk capai matlamat kurus tu.
Maka dengan ini, saya telah menetapkan... mulai esok 19/12/11, saya akan memulakan diet atkins -induksi, selama 2 minggu. Saya telah menetapkan beberapa sasaran dan peraturan yang bule dilaksanakan dan dicapai:-
INDUCTION FOR NEW YEAR (IFNY)
  • Induksi ini akan berakhir bersama dengan CDCS, dan saya perlu menurunkan berat saya dengan jayanya bagi meraikan bersama tahun baru 2012.
  • 66kg berat sasaran mesti dicapai pada 2/1/12.
  • WAJIB ambil Multivitamin & Psyllium Husk.
  • Senaman sekurang2nya 3 kali seminggu selama 30-40minit.
  • Air minimum 3.5liter sehari.
  • JANGAN timbang setiap hari, hanya seminggu sekali.
  • Ikut menu yang telah disiapkan.
  • Rekod berat, saiz & menu makanan.
  • JANGAN ada sekalipun niat dihati untuk kantoi...jangan makan @ minum MANIS
  • Ingat! Aku pernah berjaya sekali & aku bule berjaya sekali lagi...
Masih teringat nasihat suami tercinta disaat aku hampir putus semangat untuk berdiet sebab berat tiada perubahan... "Bucuk baru buat 45 hari dah hilang 8kg, cuba tengok orang lain nak kurus amik masa 7,8 bulan... Yang penting, bucuk maintain diet ni, teruskan sampai dapat berat yang bucuk nak... Lama pun takpe, sebab perkara tu biasa" Betul juga cakap ayang, kalau cepat sangat kurus macam tak patut (salah), lagipun dah 31 tahun saya makan dengan sesuka hati, apa salahnya saya kawal makan untuk beberapa bulan ni kan?
Semoga saya berjaya melaksanakan & mencapai sasaran saya....InsyaAllah..

Maggie santapan terakhirku...

Bismillahhirrahmanirrahim...
Baru selesai makan mee maggie hasil air tangan asben tercinta.... saya dah tekadkan dalam hati, itulah santapan high karbo terakhir saya... Esok saya akan start semula diet atkins fasa pertama - induction.

Memandangkan punyalah sibuk duk makan & bercuti...(alasan) saya x ada masa untuk update CDCS minggu ke 3. Maybe sebab penurunan hanyalah 0kg so x excited sangat nak update... tak lah!!! sebenarnya saya segan nak bgtau setiap hari menu saya kantoi jer....dan saya dapat merasakan impak kenaikan yg tersangatlah tinggi bila timbang hari nie... TETAPI saya terkejut sebab naik 500gm jer..

Bukan berlagak tapi kalau anda tengok menu saya makan... uish! dasyat. Mungkin timbang saya tu tak betul sebab dah seminggu jugak saya tak "kawan" dgn dia.. huhu tapi saya dah turun naik 2-3 kali dah..

JOM REVIEW CDCS Minggu ke 4 saya...
Selepas amik pic timbangan sesudah subuh ahad 11/12/11- 69.2kg, saya pun dgn senang hati menjalani cheat day saya di Gold Coast Morib Resort..

Bekfes roti canai telur dan nasi lemak bungkus & teh tarik
Lunch roti gardenia cicah kopi dan cupcakes saya buat
Petang aiskrim magnum dan kacang lemak masin
Dinner kueteow kerang, ikan bakar dan air milo ais
Wah bestnya...siap amik pic aiskrim magnum post kat FB KMMK..dasat

Esoknya bekfes free kat resort, buffet so sendiri mau ingatla... Lunch mee ying yong kat Mohd Chan Abdullah (time balik), so cheatday bukan lagi sehari tapi seminggu hingga hari nie.. Menu lain yang masih diingati sepanjang minggu ni, Home made pizza, mee udang banjir, nasi goreng pakli kopitiam, ice blended, nasi kari ayam, nasi dan nasi dan nasi.... huhu.. giler kentang ..

Nadiyah... gemuk itu hodoh!! mana semangat yg berkobar2 selama ni kau tanamkan dalam jiwamu? Seronok ke pergi beli baju asyik tak der saiz? Seronok ke kalau diri asyik nak tido, malas buat keje sebab asyik penat jer? Ha! kan dah kene marah?! tu baru diri sendiri, belum suami kau perli lagi.. Tapi saya nampak suami saya gembira jer dapat makan sama2 seperti dulu...(menjawab juga tue..) hehe

Okay.. dah selesai lepaskan rindu dendam menghapdet blog... Apepun nadiyah nak yang baca kat sini tahu..saya gembira dengan apa yg saya buat, dan salah satu sebabnya kerana anda terutamanya kengkawan CDCS... harap ada yg sudi untuk teruskan menganjur cabaran diet selepas CDCS tamat.. sayang semua!!!

Wednesday, December 07, 2011

Dah 2 minggu CDCS ghupenyer...

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Dah masuk minggu ke 3 CDCS dah pun.... Berat badan saya nampaknya menurun sekilo seminggu, tetapi saya dah dapat rasakan dan perasan yang berat saya macam dah liat nak turun.... Boleh jadi berat Ahad nie akan menjadi kejutan... bukan pemenang berat paling banyak turun, tapi naik pulak...
So far setiap hari saya aerobik, air maintain 3 liter lebih sehari, amik multivitamin dan pysillum husk.. Bab kantoi tu saya masih tak boleh elak, hari2 mesti kantoi.. Isnin saya kantoi cicah kuah kacang, Selasa kantoi nasi sesudu besar & Rabu kantoi cekodok pisang sebiji & tempe goreng sekeping...
Apa lah saya nie, dah tahu benda tu bukan kenyang pun tapi nak makan juga... ikut hati nanti berat tak turun.. Padan muka!!!!

Sepanjang berdiet nie... saya belajar sesuatu..
Tak semestinya kebaikkan yang kita buat dan berikan pada orang akan dinilai seperti yang kita mahukan... setiap manusia mempunyai penerimaan yang berbeza-beza.. begitu juga dalam kisah saya berdiet, saya ikhlas memberi tunjuk ajar kepada kengkawan yang pernah mengadu masalah yang sama seperti saya iaitu gemuk dan buncit, kerana saya seronok berjaya menurunkan berat badan,
maka tanpa ditanya saya memberitahu dgn niat dia akan gembira seperti saya, tetapi saya hampa kerana walaupun menerima ajakan saya, dibelakang saya dia mengumpat & menganiaya saya... Saya bukan mahukan penghargaan yang hebat, cuma hormatilah saya... jangan menyakiti saya kerana saya tidak pernah menyakiti anda...
namun jika ada, beritahu dan saya akan memohon maaf jika perlu... Kawan baik saya hanyalah terdiri dari orang yg menghormati dan menghargai saya... Oleh itu jangan persoalkan kenapa saya tidak boleh kekal berkawan dengan sesetengah orang... Cukuplah luahan hati saya... Selepas ini saya akan teruskan perjuangan diet saya sehingga berjaya... Kengkawan CDCS ayuh kita capai target berat idaman!!!

Monday, December 05, 2011

Perancangan untuk cheat day ;)

Cdcs dah masuk minggu ke 3... Timbangan minggu ke 2, amat menggembirakan... Turun 1kg & saya dah tinggalkan no 7....(69kg). Nampak gayanya cabaran kali ni, seminggu sekilo nih.... Okayla kalau dicongak2 6 kg bule hilang bila tamat cdcs...huhu konpidennya...

Saya dah plan ari ahad ni 11/12/11 nak cheat day, nak bercuti... 2d1n jer.. so memandangkan 69kg tu amatlah dekat dgn 70kg, maka saya merancang strategi utk strict kan diet saya... So selama ni mmg byk kantoi...

Antara strategi yg dirangka; :)

1) Bekfes teruskan mcm biasa... Bawak dr rumah

2) Lunch: kurangkan mengada2 nk amik itu...ini... Beli menu mula2 diet dulu...

3) Dinner: masak sendiri, no more tapau for this week.

4) Aerobik jangan ponteng...

Buleh ker ni?... Poyo jer kut...

Doakan saya berjaya merealisasikan perancangan saya yer... Amin ;)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...