Pages

Sunday, December 18, 2011

BLOG Baru...

Yeay! memandangkan saya baru merasai keseronokkan berblog nie...(baru tau ka? orang lain dah jemu dah..hehe) saya merancang untuk mewujudkan 2 blog yang baru:-
  1. Blog untuk info tempat-tempat percutian yang saya lawati!
  2. Blog untuk resepi masakan yang telah dimasak oleh saya dan sedap!
Kenapa saya nak buat blog macam ni? sebab kurang info mengenai tempat2 percutian dari pengalaman sendiri, cuma dari laman web rasmi tempat tersebut sahaja, sebab kedua, resepi masakan nie bermacam2 cara dan bahan untuk satu menu sahaja..so, apasalahnya saya berkongsi cara saya. Yang paling best, saya merupakan orang yang tidak berpengalaman, so dari situ blog nih akan lebih bersahaja dan kita semua bule enjoy!! nantikan ye! lol :P

INDUCTION FOR NEW YEAR

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Sudah seminggu diet atkins saya tersasar jauh dilanda ombak tsunami...salah saya sendiri...tak matang, sedangkan jalan lurus dah diberi, tapi masih nak belok kesana sini untuk capai matlamat kurus tu.
Maka dengan ini, saya telah menetapkan... mulai esok 19/12/11, saya akan memulakan diet atkins -induksi, selama 2 minggu. Saya telah menetapkan beberapa sasaran dan peraturan yang bule dilaksanakan dan dicapai:-
INDUCTION FOR NEW YEAR (IFNY)
  • Induksi ini akan berakhir bersama dengan CDCS, dan saya perlu menurunkan berat saya dengan jayanya bagi meraikan bersama tahun baru 2012.
  • 66kg berat sasaran mesti dicapai pada 2/1/12.
  • WAJIB ambil Multivitamin & Psyllium Husk.
  • Senaman sekurang2nya 3 kali seminggu selama 30-40minit.
  • Air minimum 3.5liter sehari.
  • JANGAN timbang setiap hari, hanya seminggu sekali.
  • Ikut menu yang telah disiapkan.
  • Rekod berat, saiz & menu makanan.
  • JANGAN ada sekalipun niat dihati untuk kantoi...jangan makan @ minum MANIS
  • Ingat! Aku pernah berjaya sekali & aku bule berjaya sekali lagi...
Masih teringat nasihat suami tercinta disaat aku hampir putus semangat untuk berdiet sebab berat tiada perubahan... "Bucuk baru buat 45 hari dah hilang 8kg, cuba tengok orang lain nak kurus amik masa 7,8 bulan... Yang penting, bucuk maintain diet ni, teruskan sampai dapat berat yang bucuk nak... Lama pun takpe, sebab perkara tu biasa" Betul juga cakap ayang, kalau cepat sangat kurus macam tak patut (salah), lagipun dah 31 tahun saya makan dengan sesuka hati, apa salahnya saya kawal makan untuk beberapa bulan ni kan?
Semoga saya berjaya melaksanakan & mencapai sasaran saya....InsyaAllah..

Maggie santapan terakhirku...

Bismillahhirrahmanirrahim...
Baru selesai makan mee maggie hasil air tangan asben tercinta.... saya dah tekadkan dalam hati, itulah santapan high karbo terakhir saya... Esok saya akan start semula diet atkins fasa pertama - induction.

Memandangkan punyalah sibuk duk makan & bercuti...(alasan) saya x ada masa untuk update CDCS minggu ke 3. Maybe sebab penurunan hanyalah 0kg so x excited sangat nak update... tak lah!!! sebenarnya saya segan nak bgtau setiap hari menu saya kantoi jer....dan saya dapat merasakan impak kenaikan yg tersangatlah tinggi bila timbang hari nie... TETAPI saya terkejut sebab naik 500gm jer..

Bukan berlagak tapi kalau anda tengok menu saya makan... uish! dasyat. Mungkin timbang saya tu tak betul sebab dah seminggu jugak saya tak "kawan" dgn dia.. huhu tapi saya dah turun naik 2-3 kali dah..

JOM REVIEW CDCS Minggu ke 4 saya...
Selepas amik pic timbangan sesudah subuh ahad 11/12/11- 69.2kg, saya pun dgn senang hati menjalani cheat day saya di Gold Coast Morib Resort..

Bekfes roti canai telur dan nasi lemak bungkus & teh tarik
Lunch roti gardenia cicah kopi dan cupcakes saya buat
Petang aiskrim magnum dan kacang lemak masin
Dinner kueteow kerang, ikan bakar dan air milo ais
Wah bestnya...siap amik pic aiskrim magnum post kat FB KMMK..dasat

Esoknya bekfes free kat resort, buffet so sendiri mau ingatla... Lunch mee ying yong kat Mohd Chan Abdullah (time balik), so cheatday bukan lagi sehari tapi seminggu hingga hari nie.. Menu lain yang masih diingati sepanjang minggu ni, Home made pizza, mee udang banjir, nasi goreng pakli kopitiam, ice blended, nasi kari ayam, nasi dan nasi dan nasi.... huhu.. giler kentang ..

Nadiyah... gemuk itu hodoh!! mana semangat yg berkobar2 selama ni kau tanamkan dalam jiwamu? Seronok ke pergi beli baju asyik tak der saiz? Seronok ke kalau diri asyik nak tido, malas buat keje sebab asyik penat jer? Ha! kan dah kene marah?! tu baru diri sendiri, belum suami kau perli lagi.. Tapi saya nampak suami saya gembira jer dapat makan sama2 seperti dulu...(menjawab juga tue..) hehe

Okay.. dah selesai lepaskan rindu dendam menghapdet blog... Apepun nadiyah nak yang baca kat sini tahu..saya gembira dengan apa yg saya buat, dan salah satu sebabnya kerana anda terutamanya kengkawan CDCS... harap ada yg sudi untuk teruskan menganjur cabaran diet selepas CDCS tamat.. sayang semua!!!

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...