Pages

Thursday, January 26, 2012

KEMBALI BERDIET..

Assalamualaikum..
Cakk!! windunyer kat blog nih... mcm biasalah.. kalau x diet senyap sunyi, bila dah start diet baru la nk habaq kat sini.. apa punya org la..kan? hehe Patut blog nih kene tukar nama "Bila Aku Diet" kah kah
Last update berat jumaat lepas dengan hati yang bengkak dan padan muka 69.5kg... haha bukankan last CDCS 66.5kg?!!! penimbang tu demam bukan saya kut..
Yang lepas biarlah berlalu ... nadia dah mulakan azam baru... nak hilangkan lagi 10kg agar mencapai berat 60kg... best tengok gambar2 kejayaan orang lain dari kembang kepada kuncup, teringin dowh!!
Best jugak bila orang tegur kita dan kurus, doa tu... hehe
Nadia mencari semangat dan sebab untuk kuatkan keazaman berdiet, so belek2 pic lama2 baru tersedar betapa nak meletup saiz muka nadia dolu2... gedebab tak ingat cek oi!!
dan bila tengok pic sekarang ... NO still x cukup berbeza, namun tetap bersyukur kepada Allah.. Alhamdulillah... Mood dan kehidupan semakin bahagia, itu yang penting...
Lihatlah betapa bulatnya muka ku dan badanku
FEB 2011 (malu!!)

6 bulan selepas tu pun masih sama, bulat dan sihat
OGOS 2011 (hari raya!!)
Lepas tengok gambar2 nih baru aku perasan, gemuk betul aku ni dulu yer.... (haha baru tau) tapi dengan kehilangan 10kg yang x berapa nak menentu jugak jumlahnya.. aku dapat lihat kelainan dalam gambar2 yang diambil... Ce korang tengok pulak...
Inilah gambar pertama yang aku dah mula perasan badan dah kecik, heheh
DIS 2011 (selepas 1 bulan berdiet)
Ini gambar dengan seluar jeans baru, muka dah kecut sikit tu... heheh ok tak?
JAN 2012 (selepas 2 bulan berdiet)
Ini jer pic yang saya jumpa pakai baju yg sama sebelum dan selepas...:)
Disebabkan saya menatap dan melihat gambar2 di atas, saya telah mencabar diri untuk memastikan gambar kali ini lebih nampak perbezaannya... bukan untuk orang lain tapi untuk en suami yang bersusah payah bangun pagi dan buat breakfast + lunch atkins untuk saya bawak ke opis...Saya sayang En Suami (Mr A) hehe.... doakan yer... sama2 kita gembirakan diri dan keluarga!! YUK!!

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...