Pages

Thursday, July 19, 2012

Menu Berbuka & Sahur ATKins

Ramadhan datang lagi...
Arini tengok anak bulan.. best tau bila nak puasa ni, tambah pulak puasa kali ni saya dan suami sama2 nak atkins..
Sepatutnya esok patut dah sibuk2 siapkan membeli semua menu untuk bersahur dan berbuka, tapi... Ape menunya pun saya sendiri tak tahu..

Hehe...menu sama jer mcm sebelum ni cuma masa makan jer beza... So nadia nak kongsikan sikit la bagaimana nak berpuasa cara atkins. Sumber rujukan; my sifu Dzul (blogger taknakgemuk.com) dan ditambah sedikit oleh saya

BERBUKA
Pastikan air berbuka 2 liter, abiskan la sebelum tido
Makanan dalam 5gm karbohidrat
Ambil multivitamin sebelum tido

BERSAHUR
Minum air satu liter, lg bagus kalau bangun awal utk minum air dan senaman
Makanan pastikan 15gm karbohidrat
Ambil fish oil untuk rasa bertenaga sepanjang hari berpuasa..

Senaman kalau nak buat samada selepas berbuka atau sebelum bersahur (awal pagi)

Ini cara yg formal... Kalau anda nak ubahsuai terpulang... Janji berat turun kerana bagi saya kalau nak berdiet kita kene happy baru la berat turun dan kita bule buat dalam tempoh yang lama... Ada orang nak cepat kan.. tapi bagi saya, diet tu satu amalan yg bukan kita nak buat cepat2 dan sementara..tapi nak buat for a lifetime kan?.. so fikir2kanla..

Ini contoh menu yang saya cedok  dari sifu diet.. (baru balik bergurukan) hehe

Menu berbuka 1
Sup daging @ sup ayam
Telur dadar
Sayur goreng

Menu berbuka 2
3 biji telur
2 ekor ikan
Sayur secawan

Menu berbuka 3
Ayam bakar/ Ikan bakar
Sayur goreng

Menu berbuka 4
3 ketul ayam
2 cawan sayur
Sebiji kurma

Menu bersahur 1
Ayam 3-4 bakar/grg/sup
Sayur tumis

Menu bersahur 2
Ikan 4-5 ekor
Sayur goreng

Menu bersahur 3
Sup daging
Telur dadar
Sayur goreng

Menu bersahur 4
Ayam 3
Sayur 2 cawan
Sebiji kurma

Okay...selamat merancang menu atkins bulan ramadhan... Akhir sekali, selamat menjalani ibadah di bulan ramadhan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

SAYA DAH KEMBALI...

ASSALAMUALAIKUM.....

Ya Allah....
Rasa bersalah, berdosa, terharu sebab dah lama tak update blog dan dah ramai yang menelaah blog nadia untuk berdiet.... Maafkan nadia kengkawan semua!!
Yes! Im back and Im slimmer then before..itu kan yang korang nak?? hahahah.. selama nadia tak muncul dalam blog nih..selama tulah nadia mencari dan mencuba mencari diet yang sesuai dengan diri ini.. dan untuk pengetahuan kengkawan semua, adalah 2-3 orang nadia dah berguru.. dari sifu atkins otai atkins mahaguru atkins sampai kepada mahaguru insanity pun nadia dah berguru!!!!!!!

Mesti tertanya2 berapa kg dah total lost??! hehe well setelah 2 bulan menghilangkan diri nadia cuma susut 1 kg..mesti kengkawan ingat saya dah 55kg kan?! TETAPI dengan bangganya saya ingin menyatakan di sini, berat merupakan perkara kedua sekarang..penyusutan saiz badan lebih penting dari berat... betulkan??

Okay..untuk hilangkan rindu kengkawan semua....

Yang bertudung purple tu saya lah...bersama BFF diet saya...berat kami beza dlm 2kg tp she looks slimmer than me right???

Okay thats all for tonite!! i promise akan update more often lepas nih...


Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...