Pages

Wednesday, April 25, 2012

RAHSIA BARU

Assalamualaikum..
Baru selesai workouts to shape my body haha!! jam 9.15 malam baru start beb! ha itulah janjiku pada diriku kali ini. Diet tak strict sangat, tapi workout mesti buat yer...

Saya ada sesuatu nak kongsikan dengan kengkawan, nak tak badan cantik dan slim tapi tak perlu sekat nak makan sampai rasa tertekan?

Senang jer.. makan makanan yg sihat tapi dengan portion yang betul (jgn banyak sangat la) dan mesti senaman. Senaman wajib hari2.. kalau anda boleh buat macam nie... timbang la sebulan sekali, pasti ada penurunan!! Walau 2 kg sebulan anda perlu tahu bahawa penurunan begitu lebih sihat dan kekal lama.
Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang, mampukah anda bertahan dan bersabar dengan konsep sebegitu?! haha

Saya jenis orang yang tidak sabar, semua nak cepat... tetapi InsyaAllah saya sedang berusaha ke arah itu. Kemanisan orang bersabar adalah sesuatu yang indah. Untuk menyediakan minda yang sebegitu tenang dan sabar memerlukan pengalaman kecewa dengan penurunan berat badan yang statik atau naik mendadak. Itu semua telah pun berlaku kepada saya...

Oleh itu sekarang, saya tidak begitu mempedulikan berat badan saya (yang sebenarnya sedang naik). Untuk meringankan kepala memikirkan semua perkara ini, saya hanya menetapkan satu matlamat, KAWAL MAKANAN & SENAMAN HARI2.

Sama-sama kita lihat hasilnya nanti yer kengkawan..(jadi ke tak formula saya ini). Pada anda yang memang mempunyai alasan untuk tidak bersenam, buang jauh2 alasan anda kerana untuk kurus dan sihat, senaman itu MESTI buat. Haha kejam tak saya kali ni?? Jangan marah sebab saya pun tak marah kat diri saya yang tengah dipaksa untuk bersenam.

Okaylah... terima kasih pada yang mengikuti blog ini , jom kita beramai-ramai mencapai berat idaman.. tapi untuk saya, shape idaman.. haha..

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...