Pages

Wednesday, December 07, 2011

Dah 2 minggu CDCS ghupenyer...

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Dah masuk minggu ke 3 CDCS dah pun.... Berat badan saya nampaknya menurun sekilo seminggu, tetapi saya dah dapat rasakan dan perasan yang berat saya macam dah liat nak turun.... Boleh jadi berat Ahad nie akan menjadi kejutan... bukan pemenang berat paling banyak turun, tapi naik pulak...
So far setiap hari saya aerobik, air maintain 3 liter lebih sehari, amik multivitamin dan pysillum husk.. Bab kantoi tu saya masih tak boleh elak, hari2 mesti kantoi.. Isnin saya kantoi cicah kuah kacang, Selasa kantoi nasi sesudu besar & Rabu kantoi cekodok pisang sebiji & tempe goreng sekeping...
Apa lah saya nie, dah tahu benda tu bukan kenyang pun tapi nak makan juga... ikut hati nanti berat tak turun.. Padan muka!!!!

Sepanjang berdiet nie... saya belajar sesuatu..
Tak semestinya kebaikkan yang kita buat dan berikan pada orang akan dinilai seperti yang kita mahukan... setiap manusia mempunyai penerimaan yang berbeza-beza.. begitu juga dalam kisah saya berdiet, saya ikhlas memberi tunjuk ajar kepada kengkawan yang pernah mengadu masalah yang sama seperti saya iaitu gemuk dan buncit, kerana saya seronok berjaya menurunkan berat badan,
maka tanpa ditanya saya memberitahu dgn niat dia akan gembira seperti saya, tetapi saya hampa kerana walaupun menerima ajakan saya, dibelakang saya dia mengumpat & menganiaya saya... Saya bukan mahukan penghargaan yang hebat, cuma hormatilah saya... jangan menyakiti saya kerana saya tidak pernah menyakiti anda...
namun jika ada, beritahu dan saya akan memohon maaf jika perlu... Kawan baik saya hanyalah terdiri dari orang yg menghormati dan menghargai saya... Oleh itu jangan persoalkan kenapa saya tidak boleh kekal berkawan dengan sesetengah orang... Cukuplah luahan hati saya... Selepas ini saya akan teruskan perjuangan diet saya sehingga berjaya... Kengkawan CDCS ayuh kita capai target berat idaman!!!

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...