Pages

Sunday, April 08, 2012

KEKELIRUAN DIRI

Waduh2 dah lama tak update blog, sebab saya ada masalah kekeliruan.
Kekeliruan pasal ape? Pasal keazaman saya, saya menulis perancangan diet saya memang penuh keazaman, tapi bila saya melaksanakannya saya cepat hilang keazaman.
Ya, saya menyesal sebab saya stop diet dalam tempoh yang panjang, kalau saya tak stop, mesti saya maintain sampai arini.
Saya masih tertanya-tanya bagaimana saya boleh berjaya turunkan 11kg dan kini hanya berjaya mengekalkan 9kg sahaja. Macam tak percaya pun ada tau. Melihat kepada sikap saya sekarang, memang saya rasa pelik, kenapa dulu saya boleh?!
Kesimpulannya, masalah tu datang dari diri saya sendiri, saya tak konsisten.. Saya asyik mencari diet lain kononnya diet tu tak menjadi dengan saya, padahal sebenarnya saya sedang mencari salah lain bukan nk mengaku kesalahan saya. Kali ni saya nak mengaku sebenarnya saya yang salah:
1) Mengada nak makan itu ini (padahal tak lapar pun, kalau makan pun perut rasa sebu jer).
2) Malas nak senaman padahal anak dah besar, suami tak suruh masak.
3) Balik keje jer saya nak tidur. Padahal dulu mesti saya senaman. Melampaukan?!!
4) Saya nie dah seperti telur sebiji riuh sekampung. Saya dah mengutuk diri kaw2 sebab bila saya baca balik saya akan sedar dan nilai samada saya masih takuk yg lama atau dah berubah.

Okaylah saya plan nak buat dulu, kalau dah berjaya baru saya war2kan disini untuk kengkawan. Harap kejayaan saya bule dijadikan semangat pada kengkawan. Jom diet & semoga kita berjaya yer kengkawan.
Tahniah pada kengkawan yg berjaya ber atkins dan dah turun berkilo2 meninggalkan saya terutamanya, regina dan leyla... sampai hati korang tinggalkan aku.. huwar!!!!

2 comments:

Mrs Faizal said...

nasib kita serupa.. mulut sebut sgt nak diet nak kurus tapi mulut ni jugaklah yg sedap dok makan ari2... kah2 sabo jelah..

nadiya said...

Best ayat acik tu... Hehe.

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...