Pages

Thursday, December 29, 2011

CEPATNYA waktu berlalu

Bismillahirrahmanirrahim....
2011 tinggal 2 hari lagi...Selepas itu, 2012 akan muncul, Begitu cepat masa meninggalkan kita... kenapa bukan kita yang meninggalkan masa? haha sebab manusia tak pernah cukup dengan masa yang diberikan.. 2012 akan memberikan satu episod yg baru dalam hidup aku,
Puteri sulong ku dah masuk Tahun 1, Qistina berjaya masuk Sek Ren Agama Intergrasi Tengku Ampuan Fatimah, Batu Belah Klang. Syukur alhamdulillah salah satu target tahun 2011 telah pun tercapai, nak masuk sekolah tu kena periksa, kalau lulus baru buleh masuk.. Harap putera kedua ku pun dapat masuk tahun depan, itu target untuk 2012.
Kenangan paling manis tahun 2011, tentunya aku kehilangan berat 10kg, tak pernah aku menyangka aku akan kehilangan berat sebanyak itu dan aku masih berusaha untuk menghilangkan 7kg bagi mencapai 60kg. Itu akan menjadi target untuk tahun 2012 pula...
Aku berusaha kurus untuk melepasi syarat yg ditetapkan oleh hubby untuk mengandung anak ke 3, keinginan untuk ada baby dah memuncak, dan itu merupakan target 2011 yg terpaksa aku bawa ke tahun hadapan...Cuma yang aku risau, bila dah kurus nanti, tak nak peknen pulak..:)
Azam 2011 yang akan aku bawa ke tahun 2012 semestinya menjadi Hamba Allah Yang Solehah. Anak yang menyenangkan hati ibu, Isteri yang membahagiakan suami, Ibu yang membahagiakan anak2, Kawan yang membahagiakan mereka dan seorang insan yang sayangkan diri sendiri.....

Monday, December 26, 2011

LUPA DIRI....

Semalam bergumbira dgn penurunan berat 2 kg, brunch nasi 2sb,ikan,telur goreng & sayur. Dinner nasi goreng homemade sepinggan. Air puteh dah ke laut.

Pagi ni, anak2 request donut, so bangun awal pagi buat donut... Telan 2 biji... Wah wah wah... Lupa diri, tak sedar diri... Target ujung minggu ni, nk hilangkan 1.7kg.

Bermula dari saat ni, start diet balik... Insaf.. takmo jadi orang yg cakap x serupa bikin anymore.... Terlebey sudaa...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, December 25, 2011

Alhamdulillah turun lagi 2kg

Hasil R&D diri sendiri...
Mengikut sifu diet atkins, kalau berat tak nak turun, cuba kaji semula apa yang dah diambil, nasib baik saya catat semua makanan yang saya ambil, saya pun buka semula update yang dahulunya turun 4kg seminggu dan baru saya perasan, saya dah terlebih makan dari sepatutnya....walaupun apa yg saya makan kurang dari 20gm karbohidrat tetapi mungkin badan saya nie lembab sikit nak membakar lemak, so untuk diri saya kene kurangkan lagi makanan yg diambil,  lagipun dah 8kg hilang maybe badan dah lali nak membakar...saya tekadkan untuk buat R&D ke atas diri saya.

Kalau anda tengok update saya last week, saya ada wujudkan satu lagi cabaran "Induction for new year" a.k.a IFNY bersama2 CDCS untuk dijadikan hadiah tahun baru saya.. Buleh klik SINI untuk maklumat. Antara perkara2 yg saya tekankan dalam diet kali nie:
  • Mesti minum air 600ml sebelum makan, sebab saya makan sedikit, kalau badan dalam mode lapar, dia takkan membakar lemak kita, dgn air, perasaan lapar dapat dihilangkan.
  • Breakfast & Lunch hanya makan bekal yang dibawa. Suami saya akan buat 2 sahaja (samada sosej & telur @ Sosej & burger ayam)
  • Saya akan menolak bersungguh2 segala pelawaan kengkawan dgn alasan "New year nanti kita makan sama2. I tak diet dah nanti...huhu"
  • Makan malam mesti sebelum pukul 6ptg, selalunya saya lapar manja jer..tidor awal mesti tak lapar.
  • Lagi satu R&D yang saya buat, jangan naik timbang (menimbang)...memang perkara nie pun saya pastikan saya tak buat...(tapi curi2 naik timbang kat tempat keje jgk, hehe )
Berikut adalah senarai yang saya wujudkan dan catatkan sepanjang IFNY:

Sunday, December 18, 2011

BLOG Baru...

Yeay! memandangkan saya baru merasai keseronokkan berblog nie...(baru tau ka? orang lain dah jemu dah..hehe) saya merancang untuk mewujudkan 2 blog yang baru:-
  1. Blog untuk info tempat-tempat percutian yang saya lawati!
  2. Blog untuk resepi masakan yang telah dimasak oleh saya dan sedap!
Kenapa saya nak buat blog macam ni? sebab kurang info mengenai tempat2 percutian dari pengalaman sendiri, cuma dari laman web rasmi tempat tersebut sahaja, sebab kedua, resepi masakan nie bermacam2 cara dan bahan untuk satu menu sahaja..so, apasalahnya saya berkongsi cara saya. Yang paling best, saya merupakan orang yang tidak berpengalaman, so dari situ blog nih akan lebih bersahaja dan kita semua bule enjoy!! nantikan ye! lol :P

INDUCTION FOR NEW YEAR

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Sudah seminggu diet atkins saya tersasar jauh dilanda ombak tsunami...salah saya sendiri...tak matang, sedangkan jalan lurus dah diberi, tapi masih nak belok kesana sini untuk capai matlamat kurus tu.
Maka dengan ini, saya telah menetapkan... mulai esok 19/12/11, saya akan memulakan diet atkins -induksi, selama 2 minggu. Saya telah menetapkan beberapa sasaran dan peraturan yang bule dilaksanakan dan dicapai:-
INDUCTION FOR NEW YEAR (IFNY)
  • Induksi ini akan berakhir bersama dengan CDCS, dan saya perlu menurunkan berat saya dengan jayanya bagi meraikan bersama tahun baru 2012.
  • 66kg berat sasaran mesti dicapai pada 2/1/12.
  • WAJIB ambil Multivitamin & Psyllium Husk.
  • Senaman sekurang2nya 3 kali seminggu selama 30-40minit.
  • Air minimum 3.5liter sehari.
  • JANGAN timbang setiap hari, hanya seminggu sekali.
  • Ikut menu yang telah disiapkan.
  • Rekod berat, saiz & menu makanan.
  • JANGAN ada sekalipun niat dihati untuk kantoi...jangan makan @ minum MANIS
  • Ingat! Aku pernah berjaya sekali & aku bule berjaya sekali lagi...
Masih teringat nasihat suami tercinta disaat aku hampir putus semangat untuk berdiet sebab berat tiada perubahan... "Bucuk baru buat 45 hari dah hilang 8kg, cuba tengok orang lain nak kurus amik masa 7,8 bulan... Yang penting, bucuk maintain diet ni, teruskan sampai dapat berat yang bucuk nak... Lama pun takpe, sebab perkara tu biasa" Betul juga cakap ayang, kalau cepat sangat kurus macam tak patut (salah), lagipun dah 31 tahun saya makan dengan sesuka hati, apa salahnya saya kawal makan untuk beberapa bulan ni kan?
Semoga saya berjaya melaksanakan & mencapai sasaran saya....InsyaAllah..

Maggie santapan terakhirku...

Bismillahhirrahmanirrahim...
Baru selesai makan mee maggie hasil air tangan asben tercinta.... saya dah tekadkan dalam hati, itulah santapan high karbo terakhir saya... Esok saya akan start semula diet atkins fasa pertama - induction.

Memandangkan punyalah sibuk duk makan & bercuti...(alasan) saya x ada masa untuk update CDCS minggu ke 3. Maybe sebab penurunan hanyalah 0kg so x excited sangat nak update... tak lah!!! sebenarnya saya segan nak bgtau setiap hari menu saya kantoi jer....dan saya dapat merasakan impak kenaikan yg tersangatlah tinggi bila timbang hari nie... TETAPI saya terkejut sebab naik 500gm jer..

Bukan berlagak tapi kalau anda tengok menu saya makan... uish! dasyat. Mungkin timbang saya tu tak betul sebab dah seminggu jugak saya tak "kawan" dgn dia.. huhu tapi saya dah turun naik 2-3 kali dah..

JOM REVIEW CDCS Minggu ke 4 saya...
Selepas amik pic timbangan sesudah subuh ahad 11/12/11- 69.2kg, saya pun dgn senang hati menjalani cheat day saya di Gold Coast Morib Resort..

Bekfes roti canai telur dan nasi lemak bungkus & teh tarik
Lunch roti gardenia cicah kopi dan cupcakes saya buat
Petang aiskrim magnum dan kacang lemak masin
Dinner kueteow kerang, ikan bakar dan air milo ais
Wah bestnya...siap amik pic aiskrim magnum post kat FB KMMK..dasat

Esoknya bekfes free kat resort, buffet so sendiri mau ingatla... Lunch mee ying yong kat Mohd Chan Abdullah (time balik), so cheatday bukan lagi sehari tapi seminggu hingga hari nie.. Menu lain yang masih diingati sepanjang minggu ni, Home made pizza, mee udang banjir, nasi goreng pakli kopitiam, ice blended, nasi kari ayam, nasi dan nasi dan nasi.... huhu.. giler kentang ..

Nadiyah... gemuk itu hodoh!! mana semangat yg berkobar2 selama ni kau tanamkan dalam jiwamu? Seronok ke pergi beli baju asyik tak der saiz? Seronok ke kalau diri asyik nak tido, malas buat keje sebab asyik penat jer? Ha! kan dah kene marah?! tu baru diri sendiri, belum suami kau perli lagi.. Tapi saya nampak suami saya gembira jer dapat makan sama2 seperti dulu...(menjawab juga tue..) hehe

Okay.. dah selesai lepaskan rindu dendam menghapdet blog... Apepun nadiyah nak yang baca kat sini tahu..saya gembira dengan apa yg saya buat, dan salah satu sebabnya kerana anda terutamanya kengkawan CDCS... harap ada yg sudi untuk teruskan menganjur cabaran diet selepas CDCS tamat.. sayang semua!!!

Wednesday, December 07, 2011

Dah 2 minggu CDCS ghupenyer...

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Dah masuk minggu ke 3 CDCS dah pun.... Berat badan saya nampaknya menurun sekilo seminggu, tetapi saya dah dapat rasakan dan perasan yang berat saya macam dah liat nak turun.... Boleh jadi berat Ahad nie akan menjadi kejutan... bukan pemenang berat paling banyak turun, tapi naik pulak...
So far setiap hari saya aerobik, air maintain 3 liter lebih sehari, amik multivitamin dan pysillum husk.. Bab kantoi tu saya masih tak boleh elak, hari2 mesti kantoi.. Isnin saya kantoi cicah kuah kacang, Selasa kantoi nasi sesudu besar & Rabu kantoi cekodok pisang sebiji & tempe goreng sekeping...
Apa lah saya nie, dah tahu benda tu bukan kenyang pun tapi nak makan juga... ikut hati nanti berat tak turun.. Padan muka!!!!

Sepanjang berdiet nie... saya belajar sesuatu..
Tak semestinya kebaikkan yang kita buat dan berikan pada orang akan dinilai seperti yang kita mahukan... setiap manusia mempunyai penerimaan yang berbeza-beza.. begitu juga dalam kisah saya berdiet, saya ikhlas memberi tunjuk ajar kepada kengkawan yang pernah mengadu masalah yang sama seperti saya iaitu gemuk dan buncit, kerana saya seronok berjaya menurunkan berat badan,
maka tanpa ditanya saya memberitahu dgn niat dia akan gembira seperti saya, tetapi saya hampa kerana walaupun menerima ajakan saya, dibelakang saya dia mengumpat & menganiaya saya... Saya bukan mahukan penghargaan yang hebat, cuma hormatilah saya... jangan menyakiti saya kerana saya tidak pernah menyakiti anda...
namun jika ada, beritahu dan saya akan memohon maaf jika perlu... Kawan baik saya hanyalah terdiri dari orang yg menghormati dan menghargai saya... Oleh itu jangan persoalkan kenapa saya tidak boleh kekal berkawan dengan sesetengah orang... Cukuplah luahan hati saya... Selepas ini saya akan teruskan perjuangan diet saya sehingga berjaya... Kengkawan CDCS ayuh kita capai target berat idaman!!!

Monday, December 05, 2011

Perancangan untuk cheat day ;)

Cdcs dah masuk minggu ke 3... Timbangan minggu ke 2, amat menggembirakan... Turun 1kg & saya dah tinggalkan no 7....(69kg). Nampak gayanya cabaran kali ni, seminggu sekilo nih.... Okayla kalau dicongak2 6 kg bule hilang bila tamat cdcs...huhu konpidennya...

Saya dah plan ari ahad ni 11/12/11 nak cheat day, nak bercuti... 2d1n jer.. so memandangkan 69kg tu amatlah dekat dgn 70kg, maka saya merancang strategi utk strict kan diet saya... So selama ni mmg byk kantoi...

Antara strategi yg dirangka; :)

1) Bekfes teruskan mcm biasa... Bawak dr rumah

2) Lunch: kurangkan mengada2 nk amik itu...ini... Beli menu mula2 diet dulu...

3) Dinner: masak sendiri, no more tapau for this week.

4) Aerobik jangan ponteng...

Buleh ker ni?... Poyo jer kut...

Doakan saya berjaya merealisasikan perancangan saya yer... Amin ;)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 29, 2011

SERONOKNYA....

Tadi pergi jumpa tailor nak tempah tudung sekolah anak....tahun depan masuk darjah satu, sibukla ckit..
Kelam kabut jugak la mengexplainkan dekat kakak tu sebab asben tunggu dalam kete..
Tiba-tiba kakak tu cakap "Nadia dah kurus la akak tengok, dah kecik sikit" Wahh? terkedu aku, tapi maintain excited lagi.."akak nampak kurus kat mana kak? Kurus sangat ker?" kakak tu jawab "A ah..kat perut tu, tadi nadia sampai akak tengok dari pintu masuk pun akak dah perasan, nadia ni dah  kurus ni" hehe saya suka, suka, suka..yeye..sengih jer memanjang...
Itu memang aku rasa teguran paling jujur sebab akak nie tak suka sibuk2 sangat..alim orangnya, selain baju  kurung dia takkan buat, sebab seksi katanya... Okayla sangat, saja nak kongsikan kegembiraan... Hehe jom aerobik.. pasnie nak makan tomyam sayur..nyum2..

Monday, November 28, 2011

Meroyan selepas seminggu berdiet..

Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk meneruskan cabaran diet sepanjang cuti sekolah nie.... Setelah berdiet selama seminggu termasuk godaan untuk kantoi yang cukup tinggi...akhirnya berjaya juga menurunkan lagi sekilogram beratku.....

Seronok mendapat galakan dari kengkawan CDCS dan KMMK... Kamu semua seperti ibu yang tak putus-putus memberi nasihat disaat saya buntu dengan diri ini...Cewah!! Jiwang pulok!

Lagi sepuluh kilo nak mencapai berat idaman...Sepuluh kilo tue..kalau dulu jumlah tu macam mustahil tapi dengan diet atkins, macam tak der hal la beb..as long as u dapat menahan diri dari kantoi, InsyaAllah... Banyak juga sasaran yang hendak dicapai. Saya kategorikan sasaran jangka pendek, nak memasuki golongan 6+kg.... esok lusa kalau x kantoi, konpem masuk!! hehe

Kalau masa mula-mula diet, memang tak konpiden tapi bila dah hilang 7kg...saya dah mula yakin... Hari ni pergi Jakel Shah Alam, beli kain sekolah anak, terbeli kain sepasang untuk buat KEBAYA...huhu selama nie tak pernah buat kebaya, dalam almari satu kebaya pun tak dok... saya dah plan kebaya tu nak tempah penghujung bulan 12 2011 nie...hehe konpiden la sangat berat akan turun lg bila berakhirnya CDCS...okay tak?! Biarlah aku dengan angan2 ku....Tapi aku percaya, dengan angan2 la aku dapat beli rumah 2 tingkat corner lot tau... Tak salah kan?..


Setiap pagi bangun tido, terasa macam badan semakin mengecil dan mengecut...seksi jer rasa...mesti korang seksa kan bila baca...hahaha.. kasi can la nak syiok sendiri.. Tapi sampai sekarang asben belum pernah comment pasal perubahan saya... tapi yang saya pasti, dia semakin bersemangat untuk buat bekfes untuk saya. I LOVE U AYANG..saya buat semua nie untuk awak..kadang tu bila rasa nak giveup, terus teringat segala pengorbanan dia tu...


Untuk pengetahuan.. asben pernah hantar saya pergi SlimWorld, saya dapat kurangkan 7kilo macam sekarang nie...tapi saya tak dapat nak kawal makanan selama2nya, so akhirnya berat naik 11 kilo..huhu.. Asben juga pernah belikan HerbalLife untuk saya, tapi sebab herba tu tak dapat menahan rasa lapar saya, saya makan, so tak ada perubahan... Kesimpulannya, nak diet mesti kawal makan dan eksesais kay... dengan atkins saya tak perlu keluarkan beribu2 lagi untuk hilangkan 7 kilo...dengan atkins saya tak lapar walaupun kene kawal makan dan saya tak perlu eksesais teruk2...  itu pendapat saya dan pengalaman saya...


Ya, saya bersyukur dengan apa yang saya lalui sekarang... apa yang saya usahakan hasilnya jelas didepan mata.. bukan lagi sesuatu yang tak pasti... Andai Allah takdirkan cukup setakat ini, saya redha.. Yang penting saya tetap bersyukur..Ya Allah, terima kasih dan ampunkan segala dosaku..sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang...

Ini baru meroyan minggu pertama...nantikan minggu depan yer... Sayang UOLS !!

Saturday, November 26, 2011

Menu Sepanjang CDCS 25-26/11

Bismillahirrahmanirrahim....
Hari Jumaat banyak sangat makan..tak tahulah mcmana berat saya...Kantoi pun ada, saya perasan sejak menekadkan diri untuk CDCS nie...sejak tulah saya makin teringin itu dan ini... ish ish ish...
25/11 Bekfes: Sosej 4, sayur goreng, Lunch: Dory Fish Manhattan, Petang: Karipap sardin setengah, Agar2 pandan sesudu, Keladi Goreng sekeping, Dinner: Telur dadar 2 biji, Air 3 liter + Aerobik
26/11 Bekfes: Telur Dadar 2 biji yg dikacau dgn 2 ekor udang, Lunch Telur dadar 0.5 biji dan sambal ikan bilis (makan ikan bilis, kuah yg bersalut je..hehe) Dinner: Tomyam sayur, Air (kurang 2 liter)
Esok hari menimbang...harap sangat ada perubahan walaupun sedikit...
Kalau ada perubahan baru semangat balik..kalau tak saya akan kemaskini menu2 saya semula....

Malam tadi saya singgah kat blog Bicikut , dia nie memang buleh dijadikan mentor dalam diet nie... kagum tengok perubahan dia...kalau tak silap 7 bulan dia buat diet atkins...saya baru sebulan dah nak sedey kalau berat tak turun... Saya suka motto dia...Something that u want, require more effort to get the best result...... Good Luck yer kengkawan CDCS!!!

Thursday, November 24, 2011

Menu Sepanjang CDCS 24/11

Sejak kebelakangan nie... memang stress..mana handphone problem, berat pun tiada perubahan memberansangkan, contractor reno lembab... Adui..Maybe stress ni pun menjadi faktor kepada kedegilan berat badan saya menyusut kot..:(

Hari nie, saya cuba strictkan diet..tapi pagi tadi keje, bz sangat sampai tk sempat nak bekfes kenyang2.. dalam jam 11 pagi dah lapar2, ni pun mesti buat badan saya susah nak bakar lemak..kan kan kan?

Bekfes: Sosej 2 btg, Lunch: Ikan Kembung Bakar 2 ekor + cicah sambal belacan Petang: Chicken Fillet 2 dan sosej 1btg, Dinner: Ayam goreng berempah 1 ketul... Air 3 liter + multivitamin...

Saya mesti berjiwa kental dalam diet atkins ni...kerana ini jer diet yg saya suka dan berjaya menurunkan berat saya... Lagipun saya tak mahu kecewakan suami saya !!!

Kenapa Macam Takder Perubahan?

Hari2 berlalu dengan begitu cepat... Dalam diam2 saya masih menimbang berat badan, walaupun dah berjanji tak nak "kawan" dengan penimbang tu...
Saya perasan berat kadang turun, kadang naik..? naper erk? Adik Dzul kata maybe ada lebihan karbohidrat dalam menu...Yang saya tahu, hari2 saya makan ikan bakar yang di cicah sambal belacan... tp ckit jer sambal belacannya.. takkan sebab tu kot?
Owh tidak..resah jugak nih...Kalau berat tak turun, maybe ukuran susut ke, tapi bila ukur tak dak perubahan pun, sama jer...Buat masa ni apa yang saya bule nasihat diri saya... teruskan diet nih kalau bule strict lg atkins.. tunggu sampai hari Ahad tengok macamana..Harap semuanya kembali normal.. doakan yer... :)

Wednesday, November 23, 2011

Menu Sepanjang CDCS 22-23/11/11

Bismillahhirrahmanirrahim... Baru lepas aerobik, arini nk update 2 hari nye menu makan.
22/11/11 Bekfes: 6 btg sosej Lunch: ikan percik bakar, sayur air (cendawan) ckit jer. Dinner: Tomyam sayur & letak udang 3 ekor...Minum air 3 liter....
23/11/11 Bekfes: Tuna Roll, Sosej 4 btg Lunch: Ikan kembung bakar +sayur air (cendawan) ckit jugak. Dinner: Tomyam sayur & letak udang 3 ekor...Minum air 3 liter
Menu 2 hari nih lebih kurang sama jer.. menu nie dah kenyang bg saya.. tak lapar seharian maybe sebab bantuan air...

Betul ker kalau stress berat pun tk mo turun? saya stress handphone tak bule charge... handphone tu jer sumber kat opis nk tengok KMMK hehe... nanti nk bwk g klinik handphone la...
Seronoknya cabaran CDCS ada hadiah utk jumlah pengurangan kg tertinggi setiap minggu... saya ni risau kalau tak turun jer... Kak Siti Jay dah turun 1.2 kg dah dlm masa 3 hari nih... tahniah...!!

Monday, November 21, 2011

menu sepanjang cdcs 21/11

Arini teruja pinggang susut lg 1 inci menjadikan jumlah penyusutan 3 inci... Pagi sarapan telur dadar 2 ngan sosej 4. Lunch ikan kembung bakar ngn sayur goreng n sayur lemak. Dinner sosej 3, beef patties 1 ngn cheesedale 1 n mayonis sesudu... Air dah 3 liter... Itu jer arini n dah kenyang, x lapar pun... Happy sebab dpt pakai baju kecik dh arini... ;)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 20, 2011

Menu sepanjang CDCS 20/11

Hari pertama CDCS... menu atkins hari nih mmg tak dirancang.. sebab hari Ahad, cuti kan?
Pagi bekfes kat kedai, ayam goreng (kecik), telur goreng 1 & daging sambal (sesudu besar) + air teh kosong. Lunch tapau jugak, ikan keli goreng 1 & sayur sup ayam (x sedap)... petang perut dah lapar..sebab air memang kureng kalau kt umah, :) so goreng sosej 4 batang. Malam order nandos 1/4 chicken & coleslaw (sikit jer sebab x tahu carb mayonis nyer)... petang ada buat aerobik.. minum air adalah 1.5 liter kot.

Saya dah berjanji pada diri lepas nie, x nak dah timbang setiap hari, .. kalau buat jugak, cikgu tarik telinga sebab melawan cakap cikgu heheh...(bule ke nih?). Nak surprisekan diri.. lgpun dah join CDCS, ada jgk lah tujuan hidup (mcm sebelum ni x de tujuan hidup pulak). Ingat nadia!! "Ahad adalah hari menimbang"..hehe :)

p/s: petang tadi timbang jugak..ada la sekali tu terpampang 69.8kg?!!! tp dah tahu dah kesilapan teknikal jer tu heheh..petang2 pun leh ngigau yer? :) ish ish ish..

CDCS Nov'11

CABARAN DIET CUTI SEKOLAH.....

mcm best jer .. first time nak mencabarkan diri nih... wish me luck okay.... Nanti aku update lagi pasal cabaran nih.... Cubalah masuk blog kawan kita nih... (sambil promote blog dia sekali)...ROSHEY'Z :)
Kalau x silap, dia lah yg create cabaran nih... Kami ni warga KUMPULAN MANUSIA MAHU KURUS (FB)
kami berkenalan di sanalah... sama jer konsep kami nie nk mengecilkan apa yg patut hehe...

Berikut adalah senarai nama peserta-peserta yg komited untuk membahagiakan diri mereka, yehaw!!!
Nadia ucapkan semoga kita semua berjaya mengurangkan berkilo2 berat dan semoga kita semua mencapai berat yg diidamkan.. InsyaAllah...Amin...




3- ZURIAH






9- SALMAH KOBIS

10- FIRDAUS BT MOHD GHAZALI

11- MARIA BASER


13- Nurhummidah Mahmood


15- Nor Hamizah Ghozali (http://herbsmystyle.blogspot.com/)

16- YUSNANY YUSOP

17- Nazariah Jadon ( http://hermannaza.blogspot.com/ )

18- SITI JAY - http://sitijaymuhamad.blogspot.com/

CABARAN pun bermula...CDCS W1

Bismillahhirrahmanirrahim....
Hari ni bermulalah Cabaran Diet Cuti Sekolah... Sebaik sahaja bangun pagi nie, saya amik pic timbangan berat dan kemudian mandi dan pakai baju khas untuk foto hari pertama cabaran...
Plan nak pakai baju kurung kesayangan hamba yang terkecik tu tapi setelah berbincang dgn kengkawan kat FB KMMK so saya memilih untuk memakai inner supaya nampak jelas bonjolan yg hendak difokuskan... bukan nk tayang body utk paparan tp nak tengok perubahan ketara nanti, sebab rasanya kekurangan kg ketara tu maybe x berapa kut sebab dah 6.6 kg hilang...hehe x yakin dgn diri sendiri...
Sebenarnya saya dah memulakan diet atkins dah 28 hari.. purata 240gm sehari... kalau dicongak2 selepas tamat CDCS ni sepatutnya saya akan hilang 9.5kg, tetapi utk makluman diet atkins nie bukan nye seragam penurunan nak pulak kalau saya ni asyik kantoi hehe..
Tetapi ingin saya tekankan disini, menang bukan objektif utama tp keseronokan bersama kawan2 yg lain menghadapi cabaran nie yg mengujakan saya. Semangat yg luntur sebab dh 28 hari berdiet kini sudah mekar semula... huhu
Okaylah.. pada kengkawan yg melihat gambar saya jangan gelak yer.. huduh sangat, tapikan.. saya tengok pic nie macam dah kurus la... dulu lagi besar pelampung saya..hahahahah..
Selamat berjaya kengkawan... harap kita enjoy dalam cabaran ni yer!!






Tuesday, November 15, 2011

Syiok sorang2 nih...

Dah lama tak update apa saya makan kan?... sejak dari raya haji saya cheat day 3 hari berturut2 (maklumlah cuti pun 3 hari) saya trus x update menu yg dimakan...sebenarnya saya ada rekod...nantilah.. nak citer sikit perjalanan saya sepanjang x menghapdet menu nih...

Sebelum nak cheat day saya timbang...Jumaat lah...73.6kg.
Sabtu, Ahad (raya) makan nasi lemak, lemang, esoknya Isnin timbang naik 500gm (74.1kg) Selasa naik 500gm (74.6kg) amik ko nak makan nasi dah naik sekilo...arghhhh tu yg rasa mcm nak gelak kat diri sendiri jer..
Selasa dh start diet balik so slps 4 hari berjaya turunkan 1.3kg (73.3kg) so dah back on track kan..diet diteruskan..Sabtu timbang dah 72.5kg (time nih aku sengih kat asben mcm mulut dah sampai ke telinga...:) hehe..ku bahagia!!..
Ahad timbang lg 71.9kg...wahhh turun..tapi hahahah kegembiraan sebentar sahaja.. saya rasa timbang rosak sebab pagi Isnin saya timbang, 72.4kg pulak. So sampai hari nie, Selasa, berat terkini saya 72kg...turunla 400gm, apepun saya bersyukur...alhamdulillah...Kesimpulannya ikut cakap cikgu..jgn jadikan timbang berat sebagai kawan anda... Timbang seminggu sekali yer...
So doakan yer saya berjaya..5.6kg in 23 days.......siapa sangka? aku tak sangka wo... hihi

Ini rahsia @ apa yg saya rasa sepanjang mengamalkan diet atkins nih...

1. Air tu memainkan peranan yg penting dlm diet nih... kalau kita minum secara berterusan, memang kita takkan rasa lapar @ rindu pada makanan...Mula2 minum, memang perut boyot dan selalu kencing tp lama2 okay...perut makin slim dan pergi toilet tu dah reduce dalam 40% la kekerapannya. Bagi sesaper yg rasa susah nak  minum air, cuba amalkan petua nih... bila tekak rasa kering @panas @pedih, ringankan bontot utk amik botol air n minum. Sebelum makan, minum air banyak2 dulu... satu lg pastikan bekalan air mencukupi di opis atau rumah yg khas utk anda pada hari tersebut... so kalau sampai ke malam tak habis2 jgk...anda belum komited lg...(komited ker aku nih?) hehe.

2. Makan sampai kenyang dgn apa menu yg kita dah plan n kira (carb). Kalau ada balance, simpan kut2 tetiba kita rasa mcm lapar, so buleh makan n kita still masih dlm kiraan 20gm carb/hari.. tak paham? saya pun tak paham mcmana nk bg paham ...hehe..

3. Dunia kita dgn asben kene berbeza sekejap sementara nak sesuaikan diri... Maksud saya kene sepakat dgn asben, Menu makan dh tak sama. Kalau tidak akan timbul masalah kantoi!! Sebab tu nak buat diet ni kene minta izin suami... Bila suami dah izin, tersemat dlm hati dia, kene sokong apa kita buat termasuk kene tapau kat diri sendiri @ kene suap anak2 makan @ masak sendiri ker utk dia, sebab menu malam kita simple jer... bila kita dah okay (nothing can goda u) then kita masuk kembali kedunia dulu2.. hehe.

Setakat nie jer dulu yang mampu saya kongsikan... Esok saya bgtau menu yg tergendala tu yer... Assalamualaikum..Jazakalah Khairan...

Monday, November 14, 2011

KAYAP???? eeee adui...

Bangun jer dari tido.. aku rasa pedih2 kat belakang lutut (pelipat) kaki kanan.... macam baru lepas garu... aku belek punya belek ada kesan merah.... terfikir dalam hati.." lipas ker gigit aku mlm td?"
nak kata aku garu... baru jer lepas potong kuku petang tuh.... takperlah aku wat derk jer...

Kat tempat keje perasaan pedih tu mengganggu aku setiap saat.... "teruknya aku garu." terfikir dlm hati.... bisa lagi.. pedih lagi... binatang apa yang gigit aku ha?
menjelang jer malam... sakitnya tempurung lutut aku.."binatang bisa nih gigit aku"... aku ngadu kat mak..(kebetulan mak ada kat umah) a ah mak aku dh duk ngan aku...hihi
Mak aku tengokkan... huish ! ni kayap chon oi... hang kena kayap nih... toink! KAYAP?!!! mak aih! dah terfikir dalam kepala aku "bule mati" nih kalau tk berubat betul2... esok pagi2nya aku gi klinik tempat aku keje...Doc bg aku MC 2 hari (hooorayy!!!!) tapi bisa nya tuhan saja yg tahu... aku tak buleh berjalan langsung...terbaring jer kat umah...Doc bekalkan aku ubat oxcyclovir (tk ingat ejaan) yang aku tahu ubat tuh harganya RM100++ seb bek aku keje klinik gomen jadilah free++ huhu....
Tapi selain ubat, aku ada sapu bedak sejuk....siap sapu daun yg ditumbuk (mak aku kutip kat pintu dapur umah aku.... aku tak tahu nama dia..) tp daun mcm semalu (besar ckit) tp kat daun tu ada buah....kecik2 mcm manik.... ada lg satu daun yg buleh dicarik nama nya KEMAN AIR @ keman ayaq... hihi... tp suami mithali aku sampai hari nih pun tak carikan kat aku.... takperlah dah lega...
dah hari ke 6 ni yg tinggal cuma rasa pedih & gatal yg teramat! jgn garu sbb dia akan jadi lagi pedih... yang aku tk leh lupa.... ada petua...teruna kawin janda @ duda kawin anak dara..siapa yg kena? (diambil dr sms my mother in law)
Alhamdulillah... moral dari kejadian... sakit bule dtg bila2 masa tanpa diundang dan sakit ni juga membuatkan aku dapat bantu anak aku wat keje sekolah hingga siap....

Sunday, November 13, 2011

KETERUJAAN MELAMPAU!!!

Last timbang 73.6
Semalam sabtu timbang 72.4kg... Hari ni timbang lg... 71.6kg... Tak pedulikan angka selepas titik tu... Happy sangat!! Doakan agar semuanya berjalan dgn lancar... Tak sangka best sgt penangan atkins ni.. jom kengkawan kita terus buat sampai dapat berat idaman...

Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, November 03, 2011

DAY 9 (1/11/11)

Semalam dah excited berat hilang 4 kg... Hari ni saya senaman... Caiyok! Tapi dinner mcm kantoi jer... Breakfast: Telur dadar 2, sosej 4 Lunch: sayur grg secawan, ikan keli sekor, paru lembu ckit Dinner: sayur campur, tomyam seafood kat kedai mohd chan abdullah. Air sepanjang hari dlm 2.5, malam pysillium husk. Hari ni bersenam... Hehe

Published with Blogger-droid v2.0

DAY 10 (2/11/11)

Wahhh... Hebat minggu ni makan kat kedai....selera jer makan... Turun 4 kg macam 14kg jer... Menu beratkins hari ni... Atkins ker???!

Breakfast: tomyam sayur, sosej 7, air 1 liter sampai lunch....

Lunch: ikan kembung bakar ngn cicah...

Dinner: x sure... Telur dadar 2 biji...

Tapi, ada makan keropok... Dua jemput... Huwaaaaa :'(

Saya sedey dlm sengih...



Published with Blogger-droid v2.0

Tak turun pun?! DAY 11

Hari ni hari ke 11 atkins... Pi beli timbang digital... Berat x turun pun... Naik 500g... Tp nak sejukkan hati... Alah... Timbang baru, kene guna timbang yg sama baru betul...hihi sebenarnya cuak giler... So dinner mmg insaplah... Nak update hari ke 11 nye menu dulu la....

Brunch: Ikan keli n sotong bakar, sayur bayam + cendawan+ carrot masak air... Air cincau tanpa gula dan ais...x lupa kerabu perut sesenduk kecik.....

Dinner: Satay ayam 5 cucuk, telur dadar 2, sosej 3...

Lepas tu sesi minum air utk cukupkan 2.5 liter...

"Apalah berat aku nanti yer"...

Sabtu ni nak memberi akses kepada diri utk makan nasi... Special day, ahad start atkins semula....

Published with Blogger-droid v2.0

Wednesday, November 02, 2011

KEK LOBAK BERKEJU... nyum nyum

Waktu nak tulis resepi ni saya dah feel kesedapan kek ni... Sebab dh pernah makan member buat...

Memandangkan saya masih berdiet, saya nk simpan dulu resepi kat sini...

Saya jamin kesedapannya...selamat mencuba...

KEK LOBAK BERKEJU

2 bj lobak merah parut

3 sbesar kismis

3 sbesar almond cincang

3 biji telur yg dikacau dahulu

200g gula kastor

Semua bahan di atas digaul dgn tgn..

Kemudian, masukkan

180ml minyak masak

200gm tepung naik lif yg dicampur dgn 1sd teh soda bikabornat (ayak 2 bhn ni dulu tau)

Masak 1 jam 170c

CHEESE TOPPING

1/2 Buttercup

1/2 cheese cream

3 sbesar gula kastor

Semua bahan pukul sampai kembang.....jgn tibai...

Sapu atas kek bila kek dah sejuk yer...

Sekian....



Published with Blogger-droid v2.0

Tuesday, November 01, 2011

PSYLLIUM HUSK


Inilah dia psyllium husk... Selama ni saya salah eja... English edukesyen x habih... Huhu.. setiap mlm selepas makan... 1sb dlm air kosong...jgn sejuk n panas yer... Kacau cepat2 n terus minum... Kenyang.... dan buat kita lawas sebab diet atkin buleh jd sembelit bg sesetengah orang... Ini mcm pengganti fiber la....Dapat kan di farmasi yg menjualnya!!

Published with Blogger-droid v2.0

LOW CARB FOOD


Shopping kat NSK meru... Haha baru teruja n bersemangat nk mulakan atkins... Peringatan... Pastikan bahan makanan ada utk menjayakan diet anda... Jika tidak kantoi!... Huhu
Kali ni ada perbezaan time tengah shopping sebab duk sibuk baca kandungan carb kat packaging tu... muahaha...

 
Chicken Fillet sekeping 1.3g :)

RESEPI TUNA ROLL

selalu saya buat utk breakfast.... Sedap... Nyum nyum...


TUNA ROLL...

2 telur kacau dan tuang kedalam non stick pan. Masuk sikit garam...

1/4 tin tuna + 1sd mayonis

letak kat tgh telur dlm bentuk memanjang...

2 cheesedale yg dipotong kecik2 ditabur atas tuna n mayo td

Bila telur semua dah masak, lipat dari kiri ketengah Dan dari kanan ketengah... Macam bentuk roll... Alihkan sekejap Dan siap....

Jumlah carb 5.8g...


Selamat mencuba Dan beratkins....


Published with Blogger-droid v2.0

RESEPI SUP CENDAWAN CARGAS


Bismillahhirrahmanirrahim.....

Malam ni saya nak bagi resepi yang saya amik dari blog lain dan adjust mengikut selera saya...

SUP CENDAWAN CARGAS

Air 2 cawan

Cendawan potong halus 1 cawan

Kiub ayam 1

Cheesedale 2

Hirisan ayam segar 1 ketul (peha)

Semua masukkan sekali didihkan dan makan... Bau n rasa macam sup cendawan kat pizza tu. Cuma saya x masukkan ayam... X selera makan ayam....

Jumlah carb...4.4g - 5g

Selamat mencuba dan beratkins...

Published with Blogger-droid v2.0

Monday, October 31, 2011

DAY 8 (31/10/11)

Mata dah berat nie... tapi saya akan selesaikan menu untuk hari nie... ESOK saya akan senaraikan makanan dan maklumat carb serta resepi-resepi sekali.InsyaAllah....

BREAKFAST: AIR 4 CAWAN, SOSEJ 4 & MULTIVITAMIN..
LUNCH: AIR 4 CAWAN, PARU LEMBU 6 KPG , SAYUR BAYAM 1 CWN & AIR
ada beli ikan keli goreng berlada tapi saya tak makan sebab kenyang.
DINNER: TOMYAM SAYUR (homemade)
Ada buat telur dadar pun tak makan...maybe tapau esok atau masuk dlm salad caca marba..

TAK ADA KANTOI
Hari ini saya buat senamrobik..dah bule ikut dah 70%...susah jugala... anyway janji berpeluh...
Waktu saya menaip ni pun saya buleh rasa lemak dipeha saya mcm sedang mengalami fat burning...:)

DAY 7 (30/10/11)

Hari nie memang tak sabar jer nk pergi kerja esok sebab mesin penimbang di sana. Saya amalkan menimbang menggunakan alat yang sama...sebab penimbang ni selalu nya x sama...(x accurate la).. Lepas tu adalah berkata-kata dalam hati... kalau x turun langsung atau sikit..kene kaji balik apa yang tak kena.. ataupun tak payah diet lagi la. huhu x yakin dengan diri sendiri la nih... Hari ni sibuk sebab participate dalam jualan garaj so makan memang lintang pukang, cuma air maintain  juga...2.5 liter lebih..

BREAKFAST: AIR 4 CAWAN, TEMPE GORENG BEREMPAH (saiz 5cmx5cm) 4
LUNCH: lewat sangat 4pm br lunch, AIR, SOSEJ HONEYCHIC 2, CHICKEN FILLET 3
DINNER: SUP CAMPUR SEBUNGKUS...beli kat pasar malam..PYSILIUM HUSK & AIR

KANTOI: SOS KICAP PEDAS SUP CAMPUR (terlupa...)
Saya dah makan sosej honeychic yang dicadangkan oleh Dzul dan rasanya lebih sedap dari brand Ramly...seriusss.. Carb hanya 0.7g
p/s: Kadang2 saya ada minum teh strawberry lipton TANPA gula untuk hilangkan rasa tak sedap di tekak..

DAY 6 (29/10/11)

WEEKEND!! apakah dugaan hari ini? kantoi tak? hehe..NEVER!..Pagi asben wat breakfast roti gardenia salut telur..(saya bukan buli asben tp dia memang suka buat breakfast tau) so baki telur tu dia goreng untuk saya. Hari ni plan nak jalan2 kat Jusco Bukit Raja Klang..lama tak jalan-jalan ujung minggu...:) asben belikan DVD 10 minute solutions "fat blasting dance mix" instructor Jennifer Galardi. Best lagi yang saya buat pada hari ke 3...tp nk menjaga hati asben saya tengok dvd ni. sebenarnya step susah... maklumlah beginner..hihi Masuk kali kedua dah bule ikut dah... saya senamrobik ni 45min jer...saya panggil senamrobik bodo2 jer...

 BREAKFAST: AIR 4 CAWAN, TELUR DADAR 1/3 X 2..=0.2g , AIR BANYAK (saya x amik multivitamin sbb tertinggal kt opis)

LUNCH: AIR 4 CAWAN, 1/2 CHICKEN NANDOS HOT PERI PERI..ermm delicious! AIR BANYAK

DINNER: AIR 4 CAWAN, TOMYAM CAMPUR, PYSILIUM HUSK
tomyam nie manis, so cikgu pesan kalau manis tinggi carb so saya x hirup kuah just makan isinya sahaja

KANTOI:SOS HOT PERI PERI NANDOS (buat mcm x bersalah)
JUMLAH CARB : ?g ++sos hot peri peri

Hari ni senaman, semangat DVD baru...huhu
p/s: Kadang2 saya ada minum teh strawberry lipton TANPA gula untuk hilangkan rasa tak sedap di tekak..

DAY 5 (28/10/11)

Hari Jumaat... keje gomen rehat panjang bule g shopping & makan2... so saya dah bgtau kat kawan2 saya, "aku diet tak leh makan nasi".. diorg ok jer...siap bagi semangat..macam tu baru kawan...hihi

BREAKFAST: TUNA ROLL (5g) sedap so buat lagi.., MULTIVITAMIN & AIR 2.5 LITER
LUNCH: IKAN KELI BAKAR 1, IKAN KEMBUNG BAKAR 1 & SAYUR TUMIS 1 semua makan  kat medan selera ikan bakar seksyen 6 shah alam jer..
DINNER: SALAD CACA MARBA....PYSILIUM HUSK DAN AIR BYK2

KANTOI:CICAH IKAN BAKAR (Kalau x cicah x sedap lar...)
JUMLAH CARB : 15g ++CICAH KICAP CILI

Hari nie tak senaman sebab sibuk... Pastikan target jumlah air dicapai setiap hari..
p/s: Kadang2 saya ada minum teh strawberry lipton TANPA gula untuk hilangkan rasa tak sedap di tekak..

DAY 4 (27/10/11)

Hari ni terasa sangat simptom2 ketosis, tekak rasa pahit dan sakit kepala..Mood hari ni ceria sebab tak sabar nk tunggu lunch nak makan sedappp...(mcm hari ke 3 la..) breakfast saya buat sendiri hari nie sambil ajar asben huhu.. "Tuna Roll" resepi Dzul tapi dia guna sardin, saya guna tuna tin hijau tu.. SEDAP! nikmatnya diet mcm nih.. Hari nie saya buat kesimpulan, air tu betul2 buat saya kenyang, (tetapi ingat! mesti minum dulu sebelum makan), Pysilium Husk pulak memang bule buat kita rasa kenyang juga... selain dari elakkan sembelit. Saya juga baru tahu yang saya x suka ayam...huhu.. patut ker?

BREAKFAST: TUNA ROLL (5g) cari kat label resepi yer..., MULTIVITAMIN & AIR 2.5 LITER
LUNCH: IKAN KELI BERLADA 1, PARU GORENG 7 kpg & SAYUR TAUGEH 1 (x habis) semua beli kat medan selera jer..
DINNER: SUP CENDAWAN CARGAS cari kat label resepi yer, PYSILIUM HUSK DAN AIR BYK2

KANTOI:KEROPOK TWISTIES SATU SUDU BESAR SHJ...teringin.
JUMLAH CARB : 13g ++twisties

Semakin hari semakin seronok diet nih sebab kenyang...dan hari ni juga saya senaman aerobik dengan tengok nie...http://www.videosurf.com/video/dance-dance-dance-fitness-7729773 best tau... buat sorang2 dengan lappy.. huhu :)

DAY 3 (26/10/11)

Cuti Umum Deepavali!! menurut pembacaan, semua orang takut diet time cuti banyak dugaan..saya pun begitu juga namun Alhamdulillah saya berjaya mengharunginya... Time lunch paling best sebab saya pertama kali makan salad dan baru saya tahu salad tu best dan sedap!!

BEKFES:  AIR 4 CAWAN, SOSEJ 1, TELUR DADAR 2 & MULTIVITAMIN 
LUNCH: SALAD yg mengandungi, SOSEJ 1 , TELUR 1/2, MAYONIS 1SD & KEJU 2,
semua bahan2 tu saya potong halus dan gaul..sedapp!! sepanjang hari saya minum air pastikan 2.5 liter habis.

DINNER: AIR 4CAWAN, TOMYAM CAMPUR (beli kat kedai jer), AIR 4 CAWAN LG DAN PYSILIUM HUSK 1 SD BESAR...

KANTOI: TIADA
JUMLAH CARB : 7.8g ++ tomyam (?g)

Semakin hari semakin seronok diet nih sebab kenyang...dan hari ni juga saya senaman aerobik dengan tengok nie...http://www.videosurf.com/video/dance-dance-dance-fitness-7729773 best tau... buat sorang2 dengan lappy.. huhu :) masa time aerobik nih baru perasan tekak mcm rasa pahit sgt ...menurut pembacaan, ketosis dah berlaku, dimana badan saya sudah menjadi mesin pembakar lemak...

DAY 2 (25/10/11)

GEMUK ITU HODOH!!! perkara ni yg saya asyik sebut kepada minda separa sedar saya nie.. so saya buat keputusan nak teruskan jua. Dinner day 1 masih ada baki ayam 2 ketul so asben tapaukan dgn sosej 4 btg..(merajuk kot sebab saya komplen scramble egg x sedap..hihi..padan muka aku)

BEKFES: SOSEJ 2 SHJ, AIR 4 CAWAN & MULTIVITAMIN
walaupun berbekalkan ayam 2 ketul dan sosej 4 btg.. saya tetap x selera.. alasan, sosej ramly tu masin & saya x lalu makan ayam goreng tanpa nasi... huk huk 

LUNCH: PARU LEMBU GORENG SAMBAL 6 KPG (potong sederhana), IKAN KELI BERLADA SEEKOR, SAYUR ASIN MASAK LEMAK (x amik kuah) AIR 2.5 LITER
hari nie beli kat medan selera... kenyang dan berselera tp x tahu carb utk paru sbb pernah baca ada yg makan utk diet ni, saya beli lah..(dari internet carb paru lembu 0g)

DINNER: AIR 4CAWAN, SUP CENDAWAN CARGAS, AIR 4 CAWAN LG DAN PYSILIUM HUSK 1 SD BESAR...
sup cendawan adalah resepi dari adik Dzul.. nanti saya bg resepinya...
Esok cuti Deepavalli, so asben ada buat barbeku... saya pun makan IKAN CENCARU BAKAR 1/2 dan UDANG BAKAR 4 ekor...
KANTOI: AIR OREN SUNKIST SATU "SIP"(SAPER SUH BUAT AIR KAN?! JGN BUAT)
JUMLAH CARB : 14g ++ AIR OREN

p/s: anda bule tambah 3 ekor ikan lg kalau x kenyang utk cukupkan 20g...tp saya dh kenyang...

DAY 1 (24/10/11)

Hari pertama paling teruk dah sampai tahap nk menangis kelaparan sebab bekfes dan lunch mmg x best! so time balik keje laparrrr gilerrrr..... dah nak batalkan diet hari tu... tp bila asben wat derk jer..ku teruskan jua..

BEKFES & LUNCH: SOSEJ RAMLY 6 BTG, TELUR SCRAMBLE EGG 1
AIR 2.5 LITER & MULTIVITAMIN
sebenarnya sosej 7 btg tp masin sgt x lalu la, scramble egg pulak 4 tp tak suka, nk wat mcmana asben yg buatkan. Baki tu anak2 yg habiskan... oklah tk membazir kan?. 

DINNER: AIR 4CAWAN, TELUR DADAR 2 , PEHA AYAM 2 KETUL CICAH DGN MAYONIS 1 SD, AIR 4 CAWAN LG DAN PYSILIUM HUSK 1 SD BESAR...
disebabkan kelaparan yg amat sangat, ayam yg sepatutnya 4 ketul jadi 2 ketul...penat dan letih = x selera..
KANTOI: KEK COKLAT SATU SUDU KECIL...(JGN BUAT)
JUMLAH CARB HARI PERTAMA: 15.8g ++ KEK COKLAT

DIET RENDAH CARB *PHASE 1*

MUKADIMAH
Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah selepas 7 hari saya berjaya menurunkan berat sebanyak 4 kilo tanpa sebarang minuman diet dipasaran...Tak pernah terfikir bule turun sebanyak tu... mungkin bg sesetengah org biasa lah 4 kilo tp bg saya ..betul ker? betul ker nie? Sampaikan asben saya pun bule sms.."Mesin timbang tu rosak la tu".
Sebenarnya saya memang ada plan nak update kat blog apa yg saya makan tapi disebabkan ketakyakinan saya terhadap diri sendiri maka saya just rekod kat notebook.."manalah tahu kut menjadi kan" 
Kat blog nih saya nak kongsikan apa yg saya makan dan minum sepanjang 7 hari tu.. Tetapi harus diingatkan, setiap org tak sama so jgn pelik kalau berat anda tetiba turun sikit atau turun banyak nanti... cuma pesanan saya mesti ada ilmu dan keazaman...
Ilmu yang saya maksudkan, saya ada membeli buku "DIARI BAGAIMANA SAYA KURUS" dan khatam semua penulisan adik DZUL kat www.taknakgemuk.com.. dan juga kat sini rahsiaaku-myoliza.blogspot.com
Keazaman pulak, kenapa anda mahu kurus? bagi saya kurus itu memudahkan saya menjalani aktiviti harian termasuk shopping baju... GEMUK ITU HODOH!... dan INGAT OBESITI bule menyebabkan penyakit penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan lain lain (mcm doktor pulak) maklumlah keje kat klinik...kerani jer... 
Sebelum memulakan diet ni saya ada menetapkan perkara2 berikut dan memastikan semua tersedia:
1. TARGET BERAT YG DIINGINI  60KG
2. BELI PYSILIUM HUSK
3. BEKAS AIR MIN 2 LITRE UTK BAWA KE OPIS
4. MULTIVITAMIN
5. TIMBANG BERAT SETIAP MINGGU
6.MAKANAN RENDAH CARB
7. CATAT BERAT HARI PERTAMA DIET (77.6KG)
okay dah selesai mukadimahnya..... kita ke tajuk seterusnya apa yg saya makan dan kantoi dari hari 1 hingga 7...





Thursday, October 27, 2011

Saturday, October 01, 2011

KEK BATIK @ KEK BISKUT MARIE

Resepi ni dari jiran2 ku hasil dr baraan utk raya 2011, aku blum buat ttp utk elakkan terlupa baik aku simpan kt sini... Nanti dh siap I upload gambar yer....

BAHAN:o
Biskut marie 400-500gm sepeket
Butter seketul (saiz biasa)
Susu pekat setin
Serbuk koko secawan
Telur 5 biji
Esen vanilla

CARA2:
Cairkan butter, masukkan serbuk koko n susu pekat. Kacau smpi mesra.
Kemudian masukkan telur yg dh dikacau dgn esen vanilla terlebih dahulu. Kacau smpi mesra.
Kemudian masukkan biskut & biar sejuk, x payah masuk peti yer.

Selamat mencuba.... ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 25, 2011

RESEPI NASI AYAM SEDAP

Selamat Hari Lahir Yang ke 33 Buat Suamiku Yang Memahami dan Bersabar Selama 8 tahun ni. Tahun ni husband request nasi ayam for birthday present.... Ini kali ke 3 nak buat nasi ayam. Mulanya resepi hilang, maklumlah jarang masak, kelam kabut la mencari resepi kat internet, aku suka campur adukkan resepi mengikut citarasa dan Alhamdulillah..sedap.. dan menjadi...so resepi tu aku akan simpan dalam blog nih dan bule jadikan rujukan org lain juga..

RESEPI NASI AYAM
Langkah Pertama
Bersihkan 1 ekor ayam yang di potong kecil
Rebuskan bersama 2 inci halia, 2 kiub ayam & garam secukup rasa...
Pastikan air cukup untuk nasi, sos cili spesel dan sup nasi nanti.
Rebus sampai mendidih kemudian toskan ayam yang nak digoreng...

Langkah Kedua - AYAM
Untuk Perap, Halia 2inci dan bawang putih 4ulas ditumbuk halus
Masukkan sos tiram 3sb, kicap lemak manis 2sb dan madu 3sb, gaulkan dgn ayam
Masukkan sedikit air rebusan ayam jika perlu...
Perap selama 20-30 minit.....lama pun takper...
Kemudian goreng sekejap jer sebab dh direbus tadi...

Langkah Ketiga - NASI
Rendam 5 cawan beras dahulu dan toskan
Marjerin 3sb dipanaskan dan masukkan halia (1inci) dan bawang putih (3ulas) yang dimayang halus
Dah Kuning dan wangi, Masukkan 3sb sos tiram,
Gaulkan beras bersama sama dan masukkan air rebusan ayam 7-8 cawan...
Masukkan daun pandan dan masak nasi macam biasa..

Langkah Keempat - SUP
Tumis Bawang Besar seulas, bawang putih 3ulas dan halia 1 inci yang dimayang
Masukkan sup bunjut, Biar sampai wangi dan kuning bawang tu...
Masukkan air rebusan ayam dan didihkan
Tutup api dan taburkan daun sup...


Langkah Kelima - SOS SPESEL
Formula sendiri tp berbaloi...hehe
Blender semua tau...
Cili Merah 6 tangkai
Cili Padi (suka hati)
Buah Tomato 2bj kecik
Perahan limau nipis
Bawang putih 3 ulas
Halia dari rebusan ayam tadi yer..setengah inci
Air rebusan ayam secukupnya @1.5 cawan
Sos cili 2sb
Kicap lemak manis 2sb
Garam 1sd teh dan gula 2sd teh


Hiasan: Salad, Timun dan Tomato...

SIAP dan SEDAP kalau amik kat sini bgtaulah... SELAMAT MENCUBA..

Thursday, September 22, 2011

ULSER MULUT A.K.A MATA IKAN

Boy I 5thn ada ulser kt bibir bawah dia.... Banyak sangat.... Kesian, menangis... Nk makan pun susah. ulser terjadi sebab dia suka gigit bibir dan gigi dia pulak tajam. So kalau I yg kene I letak garam, tp x smpi hati nk buat pd dia... Last2 asyik nangis jer, asben buh garam.. menjerit lah boy I, tp selang 5 min, dia minta lg "ubat" a.k.a garam tp dia suruh I letak pelan2...
Kesian.. I tahu pedihnya tp maybe dia x tahan sakit so dia nk tambah lg sakit tu. Tapi tetap x buat dia lega... Boy I nangis jgk sbb sakit so, last I letak ice then okay... I rasa I mmg kejam... Tapi hati I jgk sakit bila tgk my son sakit...
Arini bwk g klinik so doc bg bonjela & bwk g dentist kasi tumpul itu gigi yg tajam... Harap adik cepat lega... Mama sayang adik....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 13, 2011

False Alarm - Ingat Peknen :)

Azam tahun ni nak tambah no 3.. tp asben dh bg terma & syarat, tp aku wat dek jer... So bila tak period 2 bulan suka kemain... Tp check UPT negative, scan pun x de mende...
Frusttt.... Akhirnya lampu merah menyala, So skrg ni berbalik kepada terma & syarat kalau aku betul nak peknen...
Maka bermulalah episod aku berusaha utk kurangkan 10kg kalau nk peknen...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 22, 2011

Tart Nenas Senang dan Sedap

Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadan Ini...Dah 22 hari kita berpuasa rupanya.. sedar2 dah nak raya... tahun ni ceq rasa paling cepatlah bulan puasa nak habis...
Untuk pengetahuan semua.. ceq tak pernah wat kuih raya... jadi disebabkan dah bertahun2 duk azam nak buat, maka tahun nie jadilah ceq buat kuih raya ..
Kali ni nk kongsi kuih raya Tart Nenas dulu... Resepi ni dari jiran sebelah umah yg dah bertahun2 duk jual kuih tart beribu2 biji dah... cek buat first time pun dah kira sedap sebab senang ja...
Resepi ni kalau wat yg gulung dapat seratus biji.. tapi kalau buat terap yg nenas seketui kat atas tu, dapat lah 50 biji sebab x biasa buat so ada tebal nipis lah ceq buat (kalau pandai dapat lebey kut)
RESEPI TART NENAS SENANG & SEDAP
sebiji butter cup 250gm
3 sudu makan gula kastor (jgn tinggi sangat)
esen vanilla 1 sudu kecik
garam secubit
semua ni pukul sampai kembang yer....
Tepung dalam 500gm tapi masuk sikit2 sampai buleh terap @ gulung (tak semestinya 500gm ngam2)
bila dah siap terapkan ikut bentuk yg anda suka lah...dan letak jem nenas, jem nenas ni jiran aku pesan beli yg dari Thailand sebab manis dan sedap... aku suh dia beli jer kat kedai bakeri
suhu 110 celcius dan masa 30 min.. kene slow n lama baru sedap...

Friday, April 15, 2011

Permintaan Pada Yang Maha Esa

Ketika Aku Meminta Bantuan, Tuhan Memberiku Peluang
Kerana Melaluinya Aku Mulai Mencuba....
Ketika Aku Meminta Kemewahan, Tuhan Memberiku Akal Untuk Bekerja
Kerana Melalui Berfikir Aku Mula Melihat Cara...
Ketika Aku Meminta Kejayaan, Tuhan Memberiku Kegagalan
Kerana Melaluinya Aku Membaiki Kesilapan...
Ketika Aku Meminta Kebijaksanaan, Tuhan Memberiku Masalah Untuk Diselesaikan
Kerana Melaluinya aku Mendapat Pengalaman...
Ketika Aku Meminta Kekuatan, Tuhan Memberi Ku Kesukaran
Kerana Melaluinya Aku Membina Kekuatan Diri...
Ketika Aku Meminta Ketabahan, Tuhan Memberiku Rintangan Untuk Diuji
Kerana Melaluinya Aku Akan Teruji...
Ketika Aku Meminta Cinta, Tuhan Mempertemukan Aku Dengan Insan-Insan Yang Memerlukan
Kerana Melaluinya Perasaan Cinta Bermula Dengan Keikhlasan...
Betapa Berharganya Segala Yang Aku Alami
Kerana Tuhan Mu Tidak Pernah Memberi Apa Yang Aku Minta
Tetapi Aku Menerima Segala Yang Aku Perlukan
Terima Kasih Tuhan......
Kerana Tanpa Sedar Aku Telah Menerima Segala2 Nya....

Dipetik Dari: Hasil Nukilan Insan Yang Sudah Berjaya Dalam Hidupnya
Aku Kongsikan Bersama Kawan2 Kerana Aku Telah Mengalirkan Air Mata Selepas Membacanya..... LOL!

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...