Pages

Friday, April 15, 2011

Permintaan Pada Yang Maha Esa

Ketika Aku Meminta Bantuan, Tuhan Memberiku Peluang
Kerana Melaluinya Aku Mulai Mencuba....
Ketika Aku Meminta Kemewahan, Tuhan Memberiku Akal Untuk Bekerja
Kerana Melalui Berfikir Aku Mula Melihat Cara...
Ketika Aku Meminta Kejayaan, Tuhan Memberiku Kegagalan
Kerana Melaluinya Aku Membaiki Kesilapan...
Ketika Aku Meminta Kebijaksanaan, Tuhan Memberiku Masalah Untuk Diselesaikan
Kerana Melaluinya aku Mendapat Pengalaman...
Ketika Aku Meminta Kekuatan, Tuhan Memberi Ku Kesukaran
Kerana Melaluinya Aku Membina Kekuatan Diri...
Ketika Aku Meminta Ketabahan, Tuhan Memberiku Rintangan Untuk Diuji
Kerana Melaluinya Aku Akan Teruji...
Ketika Aku Meminta Cinta, Tuhan Mempertemukan Aku Dengan Insan-Insan Yang Memerlukan
Kerana Melaluinya Perasaan Cinta Bermula Dengan Keikhlasan...
Betapa Berharganya Segala Yang Aku Alami
Kerana Tuhan Mu Tidak Pernah Memberi Apa Yang Aku Minta
Tetapi Aku Menerima Segala Yang Aku Perlukan
Terima Kasih Tuhan......
Kerana Tanpa Sedar Aku Telah Menerima Segala2 Nya....

Dipetik Dari: Hasil Nukilan Insan Yang Sudah Berjaya Dalam Hidupnya
Aku Kongsikan Bersama Kawan2 Kerana Aku Telah Mengalirkan Air Mata Selepas Membacanya..... LOL!

No comments:

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...