Selamat Hari Lahir Yang ke 33 Buat Suamiku Yang Memahami dan Bersabar Selama 8 tahun ni. Tahun ni husband request nasi ayam for birthday present.... Ini kali ke 3 nak buat nasi ayam. Mulanya resepi hilang, maklumlah jarang masak, kelam kabut la mencari resepi kat internet, aku suka campur adukkan resepi mengikut citarasa dan Alhamdulillah..sedap.. dan menjadi...so resepi tu aku akan simpan dalam blog nih dan bule jadikan rujukan org lain juga..
RESEPI NASI AYAM
Langkah Pertama
Bersihkan 1 ekor ayam yang di potong kecil
Rebuskan bersama 2 inci halia, 2 kiub ayam & garam secukup rasa...
Pastikan air cukup untuk nasi, sos cili spesel dan sup nasi nanti.
Rebus sampai mendidih kemudian toskan ayam yang nak digoreng...
Langkah Kedua - AYAM
Untuk Perap, Halia 2inci dan bawang putih 4ulas ditumbuk halus
Masukkan sos tiram 3sb, kicap lemak manis 2sb dan madu 3sb, gaulkan dgn ayam
Masukkan sedikit air rebusan ayam jika perlu...
Perap selama 20-30 minit.....lama pun takper...
Kemudian goreng sekejap jer sebab dh direbus tadi...
Langkah Ketiga - NASI
Rendam 5 cawan beras dahulu dan toskan
Marjerin 3sb dipanaskan dan masukkan halia (1inci) dan bawang putih (3ulas) yang dimayang halus
Dah Kuning dan wangi, Masukkan 3sb sos tiram,
Gaulkan beras bersama sama dan masukkan air rebusan ayam 7-8 cawan...
Masukkan daun pandan dan masak nasi macam biasa..
Langkah Keempat - SUP
Tumis Bawang Besar seulas, bawang putih 3ulas dan halia 1 inci yang dimayang
Masukkan sup bunjut, Biar sampai wangi dan kuning bawang tu...
Masukkan air rebusan ayam dan didihkan
Tutup api dan taburkan daun sup...
Langkah Kelima - SOS SPESEL
Formula sendiri tp berbaloi...hehe
Blender semua tau...
Cili Merah 6 tangkai
Cili Padi (suka hati)
Buah Tomato 2bj kecik
Perahan limau nipis
Bawang putih 3 ulas
Halia dari rebusan ayam tadi yer..setengah inci
Air rebusan ayam secukupnya @1.5 cawan
Sos cili 2sb
Kicap lemak manis 2sb
Garam 1sd teh dan gula 2sd teh
Hiasan: Salad, Timun dan Tomato...
SIAP dan SEDAP kalau amik kat sini bgtaulah... SELAMAT MENCUBA..
2 comments:
sedapnya nasi AYAM! nnt nk try la sos ni.. :) thanks sharing
haha.. kalau tengok 2 3 kali entry nasi ayam ni...mahu batal diet tau.. sos ni kengkawan saya yg cuba memang cakap sedap... saya makan, memang sedapla..hehe masuk bakul angkat sendiri la pulak..
Post a Comment