Pages

Tuesday, June 17, 2014

Saya kembali lagi

Lamanya tak update blog Bahagia Jiwa nih... jangan risau, jiwa saya memang tengah bahagia ni,

Hari ni hari ke 6 saya berdiet.... feeling ketosis dah mai.. so memang sepanjang hari akan tersenyum, mood akan happy jer,
antara tanda tanda ketosis yang akan saya lalui sendiri
1. mulut akan rasa macam tak sedap, tawar dan kering.
2. bangun pagi tak rasa susah, terjaga terus bangun... selalunya mesti nak feeling malas
3. ingatan semakin baik, yerla badan cergas..mood lesu takder jadi semua mcm prepare
4. mood memang happy jer... confident level tinggi walaupun masih gemok hahaha

Lepas bersalin, berat memang turun... muka dah lonjong dah, maklumla saya memang berpantang dengan betul. Tapi bila habis pantang, raya puasa pulak...huhu dugaan memang kuat... kuih raya, rendang, ketupat... saya hanya manusia biasa yang pantang tengok makanan. heheheheh

okaylah berikut adalah kronologi berat badan saya dari
sebelum diet 80kg
selepas diet 60kg
sebelum pregnant 65kg
sebelum bersalin 86.5kg
selepas bersalin dan berpantang 72kg
bekerja dan memulakan diet kali ke 2 dengan berat 75kg

saya ambil masa setahun juga nak cari mood berdiet selepas melahirkan anak ke 3 pada 6/6/2013. maklumlah saya ni menyusu penuh... pergi kerja pun perah susu untuk anak.. jadi memang nafsu makan memuncak la ibu ibu menyusu.. keazaman nk diet tu kurang kuat kan... tapi alhamdulillah dah sampai seru kut.. 12/6/2014 hari pertama saya mulakan diet... semoga berjaya lah hendaknya.

next timbangan 26/6/2014 memang mengharapkan penurunan yg banyak hehe..sebab lepas tu puasa.. dugaan kt bazaar ramadhan tu lagi kuat...so saya akan update menu setiap hari sepanjang 2 minggu berdiet. Perhatian: Diet ini adalah diet ibu menyusukan anak tau... so diet low carb nama diberi :)



Thursday, September 20, 2012

KEPADA SEMUA FOLLOWER!!!

Salam sejahtera kepada kawan-kawan semua..kepada follower saya yang dah semakin meningkat jumlahnya, saya ada berita baru, masih berminat untuk mengikuti kisah diet saya secara lebih dekat?? Perjalanan dari berat berlebihan kepada berat ideal? susah payah jerih perih yang tidak terhingga??
jika Ya jawapan anda, sila follow blog terbaru saya, lebih segar lebih hebat..hehe


Saya akan ceritakan perjalanan diet saya dari hari ke hari untuk tatapan dan panduan anda semua.. terima kasih, sayang anda semua!!


Wednesday, September 12, 2012

Fantastic Thursday


Raya 2011 
Raya 2012
Wahhhh..dah habis puasa pun.. saya tak berjaya dapat 5x.xkg selepas puasa.. takper.. belum kuat iman rupanya.. tapi diet mesti diteruskan..
Sepanjang berpuasa sebulan saya merasa happy jugak sebab naik 600gm jer..
:) Kali ni dan hari ni saya dah diet semula.. diet saya dari hari isnin sampai arini khamis hanya betul2 masa makan pagi dan lunch.. dinner kelaut.. mana taknya.. kuih raya,  biskut raya, hantu raya..semua duk pangge suh makan. Geram jugak.. sempatla meroyan kat kelab diet atkins malaysia tu.. hehe
Gambar di atas tu gambar masa berat 80kg dan 62kg.. gambar raya ke -2 tue..
Okaylah.. Kali ni target sebelum new year nak :-
Ukuran Pinggang 26"
Senam yang rajin tahap dewa
Ukuran Peha 19"
Diet tapi smart & happy
Target berat kali ni, takder sebab saya dah tahu diri saya, saya nak yang macamana. Bukak baju tengok depan cermin sampai puas hati.. lagi tak puas hati diet dan senam.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan hari ke 9

Salam ramadhan suma....
Happy sangat berat dah menjadi 61.6kg terbaik setakat nie sebenarnya..so total lost 2.3kg selama 8 hari berpuasa...saya happy sebab 2.3kg tu satu jumlah penurunan yang banyak tau sebab saya tak senaman dan saya diet seperti low carb gitu...Sebab saya dah tak buat induction so memang carb intake saya sudah di naikkan sedikit..
Nak cerita sikit pengalaman saya untuk panduan kengkawan semua kay... sepanjang berdiet atkins nie, sekiranya menu anda kekal sama tetapi berat yg turun seperti hujan tiba2 menjadi renyai2 (statik).. jangan sedih sedih... anda bule tukar menu tetapi saya sarankan anda periksa dulu tahap ketosis anda dalam air kencing, macamana nk periksa? beli la ketosis strip kat farmasi ada... kalau tak ada, saya bule bagi ada...huhu (bisnes plak?) bukan berbisnes saya cuma tolong beli jer....
Sebabnya..walaupun berat anda statik (rasa mcm nk hempuk timbang tu yg beli mahal2 tu) rupanya2 menu anda tu masih betul dan sebenarnya ketosis masih dan sedang berlaku, jadi saiz badan anda akan mengecil dan mengecut..sebab tu bila anda pakai baju mcm longgar, tengok cermin ,perut mcm kempis...tapi bila timbang statik jer...(mesin timbang rosak kot??) uish kesian penimbang tu dah la kene tahan berat anda yg berat sgt tu, lepas tu kene tuduh rosak pulak hehehe...
So nasihat saya..kepada sesiapa yang berat statik tu..pastikan anda tak give up, jangan makan yg bukan2 periksa menu, periksa urine (ketone) dan periksa saiz badan (pinggang, peha dan lengan)...
Alamak takder ukuran saiz sebelum diet!!!!???? itulah..sebelum diet kene amik ukuran pinggang, lengan dan peha anda...yg gebu2 tu...kalau tak amik ukuran kene lah pakai baju yg dulu ketat tgk2 kot2 dah longgar yer....
Esok kalau x sibuk saya update lagi kay.... saya dah nak tido..selamat bersahur, semoga bulan ramadhan nie kita dapat perbanyakkan amal ibadat dan perbanyakkan jumlah penyusutan kg dan inci... All the best !!!!

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan hari ke 4

Salam ramadhan semua??
Macamana diet? Nadia belum strict diet, senaman pun belum buat. So far nadia lost 1.2kg menjadikan berat terkini 62.7kg. Rasa susah betul nak dapat 60kg tapi takper...akan nadia usaha jugak.
Perancangan nadia hari ni nak start menu atkins dgn lebih strict.. nadia juga nak timbang hari ahad nanti. Nadia nak pastikan nadia minum 3 liter air sehari.. sebab selama 3 hari puasa nadia masih bercengkarama.. tak diet dan tak senam.. okay... Nanti hari ahad nadia update sini berat okay?!
Selamat berpuasa semua!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 19, 2012

Menu Berbuka & Sahur ATKins

Ramadhan datang lagi...
Arini tengok anak bulan.. best tau bila nak puasa ni, tambah pulak puasa kali ni saya dan suami sama2 nak atkins..
Sepatutnya esok patut dah sibuk2 siapkan membeli semua menu untuk bersahur dan berbuka, tapi... Ape menunya pun saya sendiri tak tahu..

Hehe...menu sama jer mcm sebelum ni cuma masa makan jer beza... So nadia nak kongsikan sikit la bagaimana nak berpuasa cara atkins. Sumber rujukan; my sifu Dzul (blogger taknakgemuk.com) dan ditambah sedikit oleh saya

BERBUKA
Pastikan air berbuka 2 liter, abiskan la sebelum tido
Makanan dalam 5gm karbohidrat
Ambil multivitamin sebelum tido

BERSAHUR
Minum air satu liter, lg bagus kalau bangun awal utk minum air dan senaman
Makanan pastikan 15gm karbohidrat
Ambil fish oil untuk rasa bertenaga sepanjang hari berpuasa..

Senaman kalau nak buat samada selepas berbuka atau sebelum bersahur (awal pagi)

Ini cara yg formal... Kalau anda nak ubahsuai terpulang... Janji berat turun kerana bagi saya kalau nak berdiet kita kene happy baru la berat turun dan kita bule buat dalam tempoh yang lama... Ada orang nak cepat kan.. tapi bagi saya, diet tu satu amalan yg bukan kita nak buat cepat2 dan sementara..tapi nak buat for a lifetime kan?.. so fikir2kanla..

Ini contoh menu yang saya cedok  dari sifu diet.. (baru balik bergurukan) hehe

Menu berbuka 1
Sup daging @ sup ayam
Telur dadar
Sayur goreng

Menu berbuka 2
3 biji telur
2 ekor ikan
Sayur secawan

Menu berbuka 3
Ayam bakar/ Ikan bakar
Sayur goreng

Menu berbuka 4
3 ketul ayam
2 cawan sayur
Sebiji kurma

Menu bersahur 1
Ayam 3-4 bakar/grg/sup
Sayur tumis

Menu bersahur 2
Ikan 4-5 ekor
Sayur goreng

Menu bersahur 3
Sup daging
Telur dadar
Sayur goreng

Menu bersahur 4
Ayam 3
Sayur 2 cawan
Sebiji kurma

Okay...selamat merancang menu atkins bulan ramadhan... Akhir sekali, selamat menjalani ibadah di bulan ramadhan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

SAYA DAH KEMBALI...

ASSALAMUALAIKUM.....

Ya Allah....
Rasa bersalah, berdosa, terharu sebab dah lama tak update blog dan dah ramai yang menelaah blog nadia untuk berdiet.... Maafkan nadia kengkawan semua!!
Yes! Im back and Im slimmer then before..itu kan yang korang nak?? hahahah.. selama nadia tak muncul dalam blog nih..selama tulah nadia mencari dan mencuba mencari diet yang sesuai dengan diri ini.. dan untuk pengetahuan kengkawan semua, adalah 2-3 orang nadia dah berguru.. dari sifu atkins otai atkins mahaguru atkins sampai kepada mahaguru insanity pun nadia dah berguru!!!!!!!

Mesti tertanya2 berapa kg dah total lost??! hehe well setelah 2 bulan menghilangkan diri nadia cuma susut 1 kg..mesti kengkawan ingat saya dah 55kg kan?! TETAPI dengan bangganya saya ingin menyatakan di sini, berat merupakan perkara kedua sekarang..penyusutan saiz badan lebih penting dari berat... betulkan??

Okay..untuk hilangkan rindu kengkawan semua....

Yang bertudung purple tu saya lah...bersama BFF diet saya...berat kami beza dlm 2kg tp she looks slimmer than me right???

Okay thats all for tonite!! i promise akan update more often lepas nih...


Monday, June 11, 2012

Saturday, April 28, 2012

Dan Sebenarnya

Cewah.. tajuk macam lagu Yuna. Memang lagu peberet saya. Tapi tajuk tu adalah kelangsungan kepada diet master cleanse saya tempoh hari.

Jujur saya katakan, kehilangan 5 kg dalam masa 9 hari amatlah mengagumkan saya. Mungkin juga pada anda.. tetapi ingin saya nyatakan di sini, persediaan mental selepas MC ni juga amatlah perlu kerana kenaikkan berat secara mendadak juga akan berlaku.

Maklumlah dah berhari-hari tak makan tetiba dapat makan.. ape lagi, badan yg sebelum ni dah disetkan tak makan apa2 tetiba kita makan dia pun dah lupa sekejap macamana nak proses makanannya. Maka terjadilah penghasilan lemak yg mendadak. Maka nya jugak, naikla berat badan saya jugak.. tapi syukur saya tak risau. Lambat laun berat akan menurun dgn syarat makan dgn terkawal & senaman. Sabar itu indah... Sabar sabar sabar...

Saya masih mencuba dan mencari kesesuaian dalam berdiet. Untung saya mempunyai ramai kawan seperjuangan yg sama2 membantu memberi input berkenaan diet. Syukur Alhamdulillah...

50dts rasanya berat minggu pertama akan mengejutkan... NAIK.. huhu but I'm okay.

Don't worry be happy!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

RAHSIA BARU

Assalamualaikum..
Baru selesai workouts to shape my body haha!! jam 9.15 malam baru start beb! ha itulah janjiku pada diriku kali ini. Diet tak strict sangat, tapi workout mesti buat yer...

Saya ada sesuatu nak kongsikan dengan kengkawan, nak tak badan cantik dan slim tapi tak perlu sekat nak makan sampai rasa tertekan?

Senang jer.. makan makanan yg sihat tapi dengan portion yang betul (jgn banyak sangat la) dan mesti senaman. Senaman wajib hari2.. kalau anda boleh buat macam nie... timbang la sebulan sekali, pasti ada penurunan!! Walau 2 kg sebulan anda perlu tahu bahawa penurunan begitu lebih sihat dan kekal lama.
Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang, mampukah anda bertahan dan bersabar dengan konsep sebegitu?! haha

Saya jenis orang yang tidak sabar, semua nak cepat... tetapi InsyaAllah saya sedang berusaha ke arah itu. Kemanisan orang bersabar adalah sesuatu yang indah. Untuk menyediakan minda yang sebegitu tenang dan sabar memerlukan pengalaman kecewa dengan penurunan berat badan yang statik atau naik mendadak. Itu semua telah pun berlaku kepada saya...

Oleh itu sekarang, saya tidak begitu mempedulikan berat badan saya (yang sebenarnya sedang naik). Untuk meringankan kepala memikirkan semua perkara ini, saya hanya menetapkan satu matlamat, KAWAL MAKANAN & SENAMAN HARI2.

Sama-sama kita lihat hasilnya nanti yer kengkawan..(jadi ke tak formula saya ini). Pada anda yang memang mempunyai alasan untuk tidak bersenam, buang jauh2 alasan anda kerana untuk kurus dan sihat, senaman itu MESTI buat. Haha kejam tak saya kali ni?? Jangan marah sebab saya pun tak marah kat diri saya yang tengah dipaksa untuk bersenam.

Okaylah... terima kasih pada yang mengikuti blog ini , jom kita beramai-ramai mencapai berat idaman.. tapi untuk saya, shape idaman.. haha..

Sunday, April 22, 2012

50 Days to Shred

Saya nak buat pengumuman ni.. saya akan mengikuti cabaran bersama-sama kengkawan fb kat kmmk untuk berdiet dan mencapai berat idaman. Cabaran 50 days to shred ni akan berlangsung selama 50 hari bermula 23/4 hingga 11/6. Setiap isnin semua peserta diwajibkan menghapdet berat masing2.. kalau tak hapdet 3kali berturut2, nampak sangat tak komited kan? Apa lagi, kene blacklisted. Hehe

Kelainan cabaran kali ini , ialah peserta dibahagikan mengikut kategori berat & saya kategori 60kg ke atas. Pergh.. peserta kategori ni memang best dan happening, memang boleh jadi sumber inspirasi dan bahu utk kita mengadu mendapatkan kata semangat sepanjang cabaran ini.

Strategi & objektif saya kali ini agak simple, memandangkan cabaran sebelum ini saya gagal melaksanakan misi dengan bersungguh2, kali ini I'll will do my best to finish it.

Satu perkara yang memberi kesan mendalam di atas kegagalan saya pada cabaran yang lepas ialah saya tidak bersungguh2. Saya pasti kalau saya buat dengan betul dan yakin, pasti ada kejayaan itu. Bukan untuk menang tetapi untuk mendapat berat @ saiz idaman yang kurang dari sebelum ini.

Perkara asas yang akan saya pegang;

@ Atkins akan jadi pilihan diet saya

@ Senaman akan menjadi keutamaan pertama saya

@ Berat akan jadi perkara penting yang terakhir bg saya

@ Saya akan buat sampai ke garisan terakhir tak kira walau berat saya naik @ statik

@ Saya yakin dengan apa yg saya buat

@ Habis cabaran ni, nak balik kampung dan makan apa yang mak masak sebagai reward untuk usaha saya


Okay... Itu saja maklumat terkini dari saya.. jom kita berusaha untuk kurus dengan syarat tak memudaratkan kesihatan yer... Sayang semua

Terima kasih...;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

MC dah selesai

Alhamdulillah... Selesai sudah ber Master Cleanse kan diri.

Memang macam tak percaya dapat buat tanpa kantoi 9 hari. Aik! Nape 9? Bukan ke patut 10 hari???!!! Haaa... That's me! langit tak selalunya cerah. Saya ni jenis yang cepat pudar keazamannya. Hari ke 8 tu pun memang dah merajuk dan mengidam gila nak makan melarat sampai hari ke 9.

Memandangkan jus lemon untuk hari ke 10 tak ada, period pun dah start, weekend pulak tu, hapelagi... Bertanduk2 la setan menghasut tak yah MC.

Saya menamatkan MC dengan berat terakhir dan terbaik iaitu 64.9kg. Wahhhh... Anggap jer 65kg. So selama 9 hari MC, selain dari membersihkan kolon, saya dapat hilangkan 5kg & memecahkan rekod berat saya kepada 64.9kg. Sebelum ni yg terbaik 66.5kg. Jumlah penurunan setakat ini 13kg. Ada lagi 5 kilo untuk mencapai berat idaman.

Saya cuma ada 2 hari untuk makan dengan mengikut anak tekak sebab isnin nanti, 23/4 saya akan memulakan misi mencapai berat idaman dalam cabaran 50 days to shred kat fb KMMK.

Wish me luck dan dapat mencapai berat 60kg yer...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Hari ke 7 lemonade diet

Syukur.. lagi 3 hari je. Tak lama dah nak habis MC nih.. fuh mcm x percaya bole lalui 7 hari ni tanpa sebarang masalah.

Hari ke 6 paling teruk, 530pg ke toilet dan selepas tu tak der dah. Risau jugak, perut dah takder nak dibuang ke? Malam nak tido pun dah duk berangan macam2 menu makanan dlm kepala otak ni. Letih sangat semalam, tertido sampai 930mlm. Tak dapat la nak workout sebab dah lewat.

Alhamdulillah.. berat terkini adalah berat terbaik yg belum pernah dicapai lagi sepanjang mengejar berat idaman. Objektif kedua saya buat MC ni telah pun tercapai.. tapi kita tunggu sampai habis yer. Nanti saya review berat terakhir selepas MC... Okay..

Selamat berdiet suma... Jangan percaya dgn berat anda tapi percaya dgn apa yg anda lakukan utk berat idaman...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 14, 2012

Haloooooo....

Hari ke 3 ber "Master Cleanse". Saja nak kongsi perasan dan pengalaman. Paling lucu, sepanjang ber MC ni, saya amat PEKA pada bau makanan dan saya boleh meluangkan masa berjam-jam memikirkan menu makanan yg hendak dimakan selepas MC tamat.

Alhamdulillah... Saya tak menjadi penunggu tetap toilet, bangun pagi sekali dan 1-2 jam selepas tu skali lagi. Selepas 12tghari, dah okay.

Air garam memang tak boleh nak minum... Giler x sedap wei!!!.. 2 pagi jer minum air garam, lepas tu ganti ngn lax tea, memang lax tea buat perut meragam sikit. Jam 2 petang pun ada masuk tandas.

Peliknya, tak makan apa2 tapi masih ada yang nak dibuangkan. Haaa.. cuba fikir? Jelas terbukti kat dalam perut saya ni banyak betul yang tertinggalkan...

Harap berjaya sampai hari ke 10. Semangat sebab tahu perut sedang dinyahtoksinkan, pasal berat badan, dpt cecah kurang dari 66.5kg pun dah syukur.. adios!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 08, 2012

APA DAAA..

Baru minggu lepas berdiet turun 66.7 kg, lepas tu saya boleh tak diet dan hari ni masih 69 kg. Apalah saya ni kan?.. kalau tak insaf lagi tak tau la.. sekian.

KEKELIRUAN DIRI

Waduh2 dah lama tak update blog, sebab saya ada masalah kekeliruan.
Kekeliruan pasal ape? Pasal keazaman saya, saya menulis perancangan diet saya memang penuh keazaman, tapi bila saya melaksanakannya saya cepat hilang keazaman.
Ya, saya menyesal sebab saya stop diet dalam tempoh yang panjang, kalau saya tak stop, mesti saya maintain sampai arini.
Saya masih tertanya-tanya bagaimana saya boleh berjaya turunkan 11kg dan kini hanya berjaya mengekalkan 9kg sahaja. Macam tak percaya pun ada tau. Melihat kepada sikap saya sekarang, memang saya rasa pelik, kenapa dulu saya boleh?!
Kesimpulannya, masalah tu datang dari diri saya sendiri, saya tak konsisten.. Saya asyik mencari diet lain kononnya diet tu tak menjadi dengan saya, padahal sebenarnya saya sedang mencari salah lain bukan nk mengaku kesalahan saya. Kali ni saya nak mengaku sebenarnya saya yang salah:
1) Mengada nak makan itu ini (padahal tak lapar pun, kalau makan pun perut rasa sebu jer).
2) Malas nak senaman padahal anak dah besar, suami tak suruh masak.
3) Balik keje jer saya nak tidur. Padahal dulu mesti saya senaman. Melampaukan?!!
4) Saya nie dah seperti telur sebiji riuh sekampung. Saya dah mengutuk diri kaw2 sebab bila saya baca balik saya akan sedar dan nilai samada saya masih takuk yg lama atau dah berubah.

Okaylah saya plan nak buat dulu, kalau dah berjaya baru saya war2kan disini untuk kengkawan. Harap kejayaan saya bule dijadikan semangat pada kengkawan. Jom diet & semoga kita berjaya yer kengkawan.
Tahniah pada kengkawan yg berjaya ber atkins dan dah turun berkilo2 meninggalkan saya terutamanya, regina dan leyla... sampai hati korang tinggalkan aku.. huwar!!!!

Thursday, March 22, 2012

Saya mengaku...

Maaf kengkawan semua... Saya tak dapat nk teruskan detox ni. Saya dah muhasabah diri, dan saya nk teruskan kembali dengan atkins. Saya memang serasi dgn atkins. Saya akan buktikan sekali lagi atkins mmg sesuai dgn diri saya. So doakan saya berjaya utk kali ni pulak yer... Amin


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 20, 2012

Bestnya atkins....

Assalamualaikum kengkawan..

Hari ini hari kedua saya ber'detox'. Diet yg bagi saya sihat sebab makan buah & buah & buah. Tetapi ada satu perkara yg dapat saya bezakan dengan diet pertama saya iaitu atkins, perasaan lapar sentiasa ada tapi kalau atkins.. saya rasa kenyang cuma mengada nak makan itu dan ini.

Saya akan teruskan jugak detox ni sampai esok sebab memang berhajat nak bagi badan saya kejutan sikit. Selama ni berat saya dah tak mo turun dah. Jadi kalau saya tukar sikit cara makan so badan saya akan berubah cara utk suaikan diri kot. Hehe.

Tapi memang seronok buat atkins, kita berdiet tapi kenyang, tak lapar memanjang. Tapi yg kita tahu, badan mengecut dan berat menurun. Okaylah nanti saya update perkembangan detox 3 hari saya.. harap ada perubahan...

Sekian


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 17, 2012

MAKAN SESUKAHATI

Bismillahhirrahmanirrahim….

Akhirnya dapat juga memaksakan diri ini menaip,  menghapdet blog yg dah lama tak hapdet. Ada follower baru, SWK12. Terima kasih awak sebab follow me. Sila la jenguk blog yg serabut nih mana tahu ada yang bule bagi semangat ker.

Hehe, berat terkini setakat hari ni (17/3/2012) 69KG. Berat akhir pada 30/12/2011 (tahun lepas) 66.5KG ini bermakna, selama 2 setengah bulan saya dah berjaya kumpul 2.5KG. Pergh!! Ini juga menunjukkan saya telah makan sesuka hati dan tidak senaman bersungguh-sungguh selama 2.5 bulan tersebut.

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa hari makan sesukahati akan tamat pada 19/3/2012 (Isnin) ini. Selamat berdiet semula untuk diri saya.

Kali ini saya dah menetapkan sedikit kelainan dalam perancangan diet saya. Saya akan menyahtoksinkan badan saya terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan Diet Atkins fasa 1,2,3&4.

1.      3 DAY DIET (3DD) 19/3-21/3

2.      MASTER CLEANSE DETOX (MC) 22/3-31/3

3.      PEMULIHAN 1/4-3/4

4.      INDUCTION 4/4-17/4

5.      Atkins Phase 2: ONGOING WEIGHT LOSS

6.      Atkins Phase 3: PRE MAINTENANCE

7.      Atkins Phase 4: LIFE-TIME MAINTENANCE

Mesti kengkawan yang membaca tak paham apa yang saya duk mengarut kat atas kan? Jangan risau anda boleh rujuk dibawah nie…

1.       3 DAY DIET (3DD) 19/3-21/3

Saya ambil maklumat ni dari dokumen: FB Bini-biniku SLIM By Shadia Darwisy

I created "Lose 10 pounds in 3 days" diet especially for women who must look gorgeous very quickly (coming party or anniversary). This is your starring moment – you need killer looking NOW and IMMEDIATELY.

Warning: This diet is very drastic and is for limited period usage. If you have health problems, first consult your doctor and ask him for an advice. The diet below is tested on myself and it works, but I can’t guarantee that if you have health problems it is suitable for you!

The main principle of “Lose 10 pounds in 3 days” diet is that you not only need to lose pounds but you also need to cleanse your body from toxins, so you skin looks shiny and smooth.

The first day

Prepare 2 litters of detox tea; you will drink it for the whole day. You can make a mix of herb teas or you can buy my favorite Daily detox tea, it is famous of its cleaning and detox features. Add 2 spoons of honey. My recommendation is to drink the tea hot because hot liquids foolish your cravings.

Breakfast: Fresh juice made from carrots and apples – 10 oz (app. 250 ml)You can drink as much as you want from your detox tea.

After breakfast: An apple

Lunch: Cucumber & avocado salad, for dressing use balsamic vinegar and salt. Drink hot detox tea.

After lunch: An apple, drink detox tea.

Dinner: Salad of grated carrots (you chose the quantity), fresh lemon juice on taste, salt and a spoon of olive oil. Drink detox tea.

The second day

Breakfast: Fresh juice made from carrots and apples – 10 oz (app. 250 ml)You can drink as much as you want from your detox tea.

After breakfast: An banana

Lunch: Tomato and avocado salad, for dressing use only balsamic vinegar and salt. Drink hot detox tea.

After lunch: A banana, drink detox tea.

Dinner: Cabbage salad (you chose the quantity), vinegar, salt and a spoon of olive oil. Drink detox tea. Hint for the cabbage: After you cut the cabbage, add salt and with hands smash the cabbage – it becomes more juicy and easier to chew. Drink detox tea.

The third day

Breakfast: Fresh juice made from carrots and apples – 10 oz (app. 250 ml)You can drink as much as you want from your detox tea.

After breakfast: Grapes – 5 oz (app. 150 grams)

Lunch: Salmon steak and cucumber salad.

After lunch: Grapes – 5 oz (app. 150 grams), drink detox tea.

Dinner: Sweet salad: grated carrots, apple, raisins and 1 oz (25 grams) walnuts. Drink detox tea.



As I mentioned above this “Lose 10 pounds in 3 days” diet is very strong and its purpose is not only to lose weight but also to cleanse your body. The result is less weight, shiny skin, self-confidence and good mood. Because you eat very low calorie I don’t recommend exercising during these 3 days, but long walks are of benefit.

There are some unpleasant feelings because of this diet: you start to clean toxins and this cause headache. Because of low calories you will feel weakness. At the third day you will start to feel the benefits of the diet – you will experience mood improvement and your clothes will look lose :-).

TAMAT



2.       MASTER CLEANSE DETOX

Saya ambil maklumat ni dari dokumen: FB KMMK By Shadia Darwisy

The Master Cleanse atau dikenali juga dgn nama The Lemonade Diet, adalah satu plan Detox yg menggunakan bahan2 organik, iaitu:

1. Lemon

2. Maple Syrup Grade B / AIR TEBU

3. Cayenne Pepper Powder

4. Sea Salt (Uniodized)

5. Laxative Tea

Hah.. kesemua bahan2 di atas adalah ramuan yg diperlukan utk membuat The Master Cleanse plan. Plan ini berjalan selama 10 hari. Dan selama 10 hari ini, kita tak boleh makan APA-APA makanan walau sedikitpun, kecuali minum Lemonade water.

Nampak ekstrim kan? Sebenarnya, ada sebab kenapa kita tak boleh makan sewaktu proses MC ni. Biar saya mulakan dulu dgn cara2 membuat.

Pertama, kita perlukan 12 sudu besar perahan Lemon utk bekalan sehari. Kita juga perlukan 12 sudu besar Maple Syrup Grade B, kira2 setengah sudu kecil cayenne pepper powder, dan kira2 1.7 Liter pure water.

Kesemua bahan2 ini dimasukkan ke dalam botol besar yg berisi pure water tadi (boleh guna Distilled water, spring water, atau air mcm RO water - tapi jangan sesekali guna TAP WATER!).Kemudian goncangkan supaya ia sebati, dan selepas tu bolehlah air ini diminum sepanjang hari. Utk yg nak kurangkan berat badan, bolehlah kurangkan Maple Syrup ke 6-8 sudu besar sehari.

Bagaimana menggunakan? Senang jer.

Setelah semua bahan2 dah ada, 3 hari (klu boleh la) sebelum nak buat MC ni, try berpuasa, minum fresh Orang Juice jer everyday... atau eat very light meal.. tujuannya, utk menyediakan perut kita dgn MC ni.

Kemudian, esok nak start MC kan, hah, malamnya, minum Laxative Tea (lax tea). Lax tea ni maksudnya ialah sebarang teh yg boleh menyebabkan perut kita meragam, supaya kita ke tandas utk membuang, agar dpt membersihkan apa yg ada dlm perut. Lax tea yg ada senna, contohnya mcm ClenX Tea dari NH Detoxlim (blh dpt dari farmasi).

Esok pagi, ambil 1 Liter air suam dan campurkannya dgn 2 sudu kecil Sea Salt (organik dan bukan iodize). Goncangkan, dan minum air ni sampai habis (klu blh, sekali minum). Ini dipanggil Salt Water Flushing (SWF). Beberapa minit atau setgh jam lepas tu, kita akan ke tandas utk membuang/membersihkan apa yg ada dlm perut (ini dikira hari pertama MC). Klu tak berjaya membuang, tambahkan ukuran garam atau kurangkan (buat eksperimen sampai dpt membuang - tapi biasanya klu ambil 1 sudu besar garam, memang dah boleh membuang, cuma kena pastikan garam yg diambil ialah jenis Organik dan BUKAN Iodize). Kalau tak boleh telan air garam nie, buleh minum lax tea jer..

Apabila terasa lapar, minum Lemonade Water yg kita dah sediakan. Sepanjang hari tu, buatlah apa2 light movement (klu dpt buat senaman, lagi bagus). Klu tak, banyakkan berjalan). Kalau kita ni jenis yg mmg suka ambil makanan bergula (seperti suka minum kopi yg bergula), semasa proses detox, kita akan mengalami simtom sakit kepala. Ini menunjukkan yg badan kita sedang mengeluarkan gula berlebihan dari dalam darah (menyembuhkan sugar-addiction kita).

Mereka yg ada high-colestrol pun blh buat MC ni. Begitu juga yg ada penyakit2 lain mcm diabetes. MC ni akan bersihkan sistem/organ2 dalaman tubuh seperti kolon, yg mana mengeluarkan bakteria/parasit dari badan, dan mengembalikan sistem imunisasi badan yg baik, juga membantu kita mengamalkan cara pemakanan yg sihat.

Kenapa kita tak boleh makan apa2 pun sepanjang tempoh MC? Ini adalah kerana, MC sedang membersihkan bakteria/parasit yg ada dlm badan. Jika ada makanan, bakteria akan terus hidup di dalam makanan yg kita makan tadi, jadi proses detoksifikasi akan menjadi sia-sia. Ini ibarat kita mahu mencuci kain dgn air bersih, tapi semasa mencuci, kita masukkan juga sabun - jadi mcmana kain nak bersih dari sabun?

Mungkin anda fikir, klu tak makan apa2, dari mana nak dpt mineral/vitamin/sumber tenaga? Mineral/vitamin ada di dalam Lemonade water yg kita ambil. Maple Syrup tu sendiri (Grade B yer) penuh dgn mineral/vitamin (sila Google). Cayenne pepper tu pula utk lancarkan peredaran darah. Lemon pula mendetoksifikasi dan memecahkan lemak.

Jika anda tak dapat buat SWF, bolehlah gantikan dgn Lax tea, malam dan pagi. Klu perut rasa cramp selepas minum lax tea, nanti bolehlah gunakan 2 mug air dgn 1 sachet lax tea klu nak minum lagi, sebab mungkin lax tea terlalu kuat utk sesetgh org, so boleh tambahkan air.

Hari yg sukar, ialah hari 1-4. Kdg2 hari 6-7 pun sukar juga. Pada waktu inilah, kita terbayang bermcm2 makanan.. cium bau jer pun dah rasa lapar.. tapi semua ni normal.. selepas hari ke 10, jangan pula terus makan.. pada hari ke 11 dan 12, minum fresh orang juice (FOJ).. pada hari ke 13, pagi minum FOJ, tengahari ambil sup sayur2, dan malam blh makan apa saja makanan yg berasaskan sayur-sayuran, atau buah-buahan SAHAJA... no bread, milk, coffee, meat atau sebagainya..

Pada hari ke 14, anda bolehlah pegi timbang berat badan, dan anda PASTI akan terkejut! Lebih gemuk seseorang tu, lebih banyak berat akan turun.. ada seorang yg buat MC ni, turun 80 pounds! Klu berat anda mcm saya, baru 132 pounds, mungkin anda cuma akan turun 10 atau 11 pound selepas 10 hari buat MC, tapi yg banyak hilang, ialah INCHES!

Anda dah boleh pakai jeans yg tak ketat! Baju pun dah longgar! Perut pun semakin slim! Kawan2 akan tegur, 'eh, apasal awak dah kurus??'

Jangan tak tau, BEYONCE pun buat MC tau!

RESEPI GUNA AIR TEBU

Utk anda yg nak gunakan air tebu pula (klu guna air tebu, tak perlu lagi guna pure water sebab air tebu tu menggantikan pure water tadi), sukatan adalah sama seperti sukatan bagi mereka yg menggunakan MS, AN atau BSM.

Sukatan Bahan2

Air tebu - 10 oz utk 1 gelas

Lemon - 2 sudu besar setiap 1 gelas

Cayenne pepper powder - 1/10 sudu teh atau secubit/ikut rasa utk setiap 1 gelas (klu bnyk sgt, nanti minuman jadi pedas, x best pula )

Laxative Tea - 1 cup/gelas (air jgn bnyk sgt, nanti xde efek pula)

Sea Salt - 2 sudu teh dicampur dgn 1 liter air (suam atau sejuk, tapi biasanya lebih baik la suam, senang sikit nak minum) - minuman ini dipanggil Salt Water Flush (SWF)

Cara2 melakukan MC

Malam sebelum melakukan MC (esok pagi) buat kali pertama, ambil 1 cup Lax Tea tadi sebelum tidur. Tujuannya utk membuatkan perut menjadi lawas supaya senang membuang pagi esok.

Hari pertama, sebaik saja bangun dari tidur, minum SWF tadi dgn perut kosong. Kita akan ke tandas utk membuang selepas kira2 30 minit -1 jam kemudian. Mcm saya, kekerapan ke tandas selepas tu ialah kira2 10 kali sehari. Sekiranya walaupun selepas ambil SWF, perut kita tidak meragam (ni tandanya perut anda kebal ), sila tambahkan atau kurangkan sukatan Sea Salt. Ini anda sendiri kena buat eksperimen la sebab setiap org mengalami efek yg berbeza oleh SWF. Mcm saya, 1st time buat MC saya guna 2 sudu besar sebab perut saya agak kebal .

Sekiranya kekerapan ke tandas memberi satu masalah buat anda, atau tekak anda tak boleh terima SWF ni (mcm saya ), maka anda bolehlah gantikan SWF ni dgn Lax tea. Bermakna, anda kena ambil Lax tea ni siang & malam.

Setelah kira2 30 minit - 1 jam anda ambil SWF atau Lax tea, maka bolehlah anda ambil Lemonade atau air tebu tadi. Ingat, 1 gelas adalah bersamaan dgn 10 oz air tebu/Lemonade. Kesemuanya ada 60 oz, maka ada 6 gelas dalam sehari. Blh juga klu nak tambah sampai 8 gelas atau lebih.

P.S SWF ni dilakukan tak kiralah jika anda guna air tebu ataupun MS, AN, BSM. Dan boleh gantikan ke Lax tea jika tak nak guna SWF (tak kira anda guna air tebu, AN, MS atau BSM).

TAMAT

Pemulihan pulak bermaksud, saya kene biasakan perut mengenal makanan pejal semula... penerangan ada di atas, selepas detox perut, kita tak boleh makan terus makanan pejal, nanti terkejut. Perlu perkenalkan secara perlahan2..


Nadiyah dah buat keputusan nak guna air tebu, so kene cari lemon, cayenne pepper powder ngn lax tea lepas nih…Untuk SWF mmg nak guna lax tea sajer…Boleh ker nih? Tak boleh makan apa-apa yer.. PADAN MUKA AKAK!!

Kesimpulannya: Malam minum Lax tea; Pagi minum Lax tea, Seharian minum 6-8 gelas air tebu yang dah dimasukkan 2 sudu lemon juice dan secubit cayenne powder bagi setiap gelas, selama sepuluh hari. Boleh minum air kosong sebagai minuman tambahan hari2 tersebut.



Pasal DIET ATKINS pulak, kene la beli buku nyer kat MPH: Diari Bagaimana Saya Kurus. Karya: Dzulfikri Zulkiflie. Keluaran: Mazni irfan Publication. Buku ni yang telah hilangkan 10kg saya dengan jayanya…

Sekian… rajin membaca tangga kejayaan…



InsyaAllah saya akan update perkembangan saya setiap hari sepanjang melakukan perancangan diet tersebut. Semua akan saya catat setiap hari dan simpan dalam bentuk software dan akan didedahkan ke dalam blog hanya setelah selesai melaksanakannya.

Tuesday, March 06, 2012

Perubahan wajah

Assalamualaikum... Hehe saya tahu ramai yg berkunjung ke blog saya ni sepanjang kemalasan saya menghapdet blog ni. Bukan apa, ramai yg email tanya soklan2, itu sebab saya tahu hehe. Dan saya juga dah perasan blog saya ni susunan nya agak kurang mesra pembaca. Sorry yer sebab saya ni baru dlm blogging ni. Kiranya mcm budak tadika lar... Huhu.

Kebetulan arini MC sakit mata, kalau x byk keje umah nk wat, saya susun cantik2 blog ni yer.

Okaylah, dah tatap pic kat atas tu? Retis malaysia yg x pemes tu? Tak kenal? Sebab x pemes kan? Dulu masa 78kg mmg muka x muat tudung... Skrg dah 68kg, jadi lonjong plak... Tapi yang paling saya syiok sendiri, kulit muka yg dulunya kusam, tapi skrg idok lagi.. licin cerah berseri... Jgn anda ingat sebab kurus yer... Sebab saya pakai produk allissa sebenornyer... Selepas dah susut 10kg, teringin la nk bg muka nampak flawless, mak pun pakai produk allissa nyah.

Saya tahu pasal allissa dah hampir 10 tahun, tapi baru 3 bln ni saya pakai sebab produk ni mengelupas, tp x lama kay. Seminggu jeh dia buang kulit mati... Kulit mati tu yang buat kulit saya kusam...sekarang tidak lagi.. cewah!! Ramai dh kengkawan yg ikut pakai so far so good, nanti saya tepek testimoni tanpa penipuan k. Bukan nak meniaga tapi nak berkongsi rahsia yg baik. Sekarang x mekap sangat, bedak tak tebal dah. Kalau u olls nak tahu pic dua atas tu bedak tebal. Pic bawah kanan langsung x pakai bedak.. ala2 suci gitu.. haha. Best r pakai produk tu... Pikir punya pikir, smpi seploh tahun baru pakai, kira berbaloi r. Hehe

Okayla.. nak hilangkan rindu follower semua jeh. Nanti kalau ada masa saya tepek pic produk ngn testimoni saya...

Buy buy... Jazakallah khairan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 20, 2012

Aper celop?!!

Wargghhh.. dah lama x hapdet. Dah banyak kali nak hapdet tp banyak kali jugak tak sempat. Hehehe

Ramai dah yg follow blog ni, x sangka 30 org.. kalau bagi lemak sorang 200gm, saya dah kurus tapi mesti kengkawan semua x nak kan? Hehe x baik saya ni kan? Terima kasih follow... Yg saya blum follow, soon I will.

Diet terbaru, betul2 saya buat 5 hari, lepas tu "kelaut". Adalah hilang 1.4 kg.. sekarang weekend mmg kalah je ngn diet.. nak langgar pantang jeh. Apa nk jadi saya dah tahu dah "gemuk" lar....

Apa la cerita kengkawan yg berdiet semua ni? Mesti dh ber kg anda tinggalkan utk saya kan? Tidak!!!!!


Apepun saya ada sesuatu yg menarik utk disajikan kepada kengkawan semua... Tungguuuuu... Saya nk tido dulu

Jazakallah khairan.. jumpa lagi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, January 27, 2012

Dengan atkins saya susut 10kg

Bismillahirrahmanirrahim....

Saya tak pernah secara rasmi menceritakan apa yg saya buat dan ikut dlm menghilangkan berat badan saya. Tak semua pembaca kat sini tahu siapa saya kan? Selama ni saya banyak bercerita lebih kepada kengkawan yg berjuang bersama2 diet...

Ini adalah blog kunjungan wajib saya, sifu2 diet saya... Anda pun singgah ler... Kalau nk buat diet ni mesti kene banyak menelaah kat sini;

http://bicikut.blogspot.com

&

http://www.taknakgemuk.com


Kalau nak mendapatkan semangat, nasihat dan pendapat dari yg memahami, sila lah request utk join di Facebook;


KUMPULAN MANUSIA MAHU KURUS

&

KELAB DIET ONLINE


Berikut saya salin dari blog en bicikut mengenai diet saya bagi yang nak tahu apa yg saya buat selama ni.. dia ni dah susut 30kg dan dah ensem berotot... Hehe jgn mare


Atkins Diet - Cara paling berkesan untuk kurus dengan cepat dan percuma


ok, aku nak share pasal diet ni..sebelum apa2, aku nak korang baca dulu macam mana kita boleh kurus melalui diet ni...baca petikan dibawah.


" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak"


____________________________________________________________________________________ Diet Atkins lebihkan sumber Protien daripada karbohidrat Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.


Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.


Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.


Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah: 1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 3. Pre-maintenance 4. Lifetime Maintenance


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Semasa 2 Minggu Induction: 1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya. 2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. 3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada). 5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. 8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan: 1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis. 3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. 4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi. 5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. 6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. 7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit. 8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je... 9.) Pizza? Makan topping sahaja. 10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan. Contoh sarapan / Breakfast 1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb) 2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb) 3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb) 4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb) Makan Tengahari / Malam 1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb) 2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb) 4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb) 5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus! Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb ! Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb. Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb. Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction 1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll. 2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji). 4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak. 5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak. 6. Kek, biskut dan semua produk bergandum. 7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim. 8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll. 9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni. 10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food. 11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah). 12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan. Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak. Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa. Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan. Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.


Contoh Menu Pagi: 1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. - 0.6 hingga 1 gram karbohidrat - 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices 2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. - 0.5 karbohidrat Tengahari: 1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) - 0 gram karbohidrat) 2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). - 0 gram karbohidrat 3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 0.2 - 1 gram karbohidrat - any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash. 4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm: Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging. 1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam. 2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram. 3.) Daging goreng kering 4.) ATAU steak lembu / kambing Snacks: 1.) 1 keping Cheddar cheese 2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz) 3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper.. Minuman: 1.) Air biasa 2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction


1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm. 2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram. 3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol. 4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan. 5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway. 6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu. 7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan. 8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu! 9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.


Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet


Bahagian Daging: 1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli. 2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.


Section Frozen Food / Makanan Dibeku: 1.) Berhati2 memilih sosej dan burger. Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram. 2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja. 3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.


Bahagian Sayur dan Buah-buahan: 1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc. 2.) Elakkan buah-buahan.


Bahagian Makanan Ringan: 1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps /potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2. 2.) Jauhi gula2 / coklat.


Section Makanan Dalam Tin: 1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula. 2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!


Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan: 1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan. 2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan. 3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.


Bahagian Makanan Dalam Botol: 1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik. 2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat. 3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving. 4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif. 5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo. 6.) Elakkan Thousand Island.


Bahagian2 Lain: 1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih). 2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label. 3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni. 1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. asalkan BUKAN nasi, roti. 2.) Fast food McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je. Pilih salad sekali. KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain. 3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam. Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je. Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas. Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut. Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.


Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan. Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar. Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian. Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.


Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu. Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.


Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain. Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.


Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.


Haaaa.... Panjangkan? Kalau nak tengok kejayaan bicikut, kehenseman dan otot2 nya... Pergi sini..


http://bicikut.blogspot.com/2011/06/atkins-diet-cara-paling-berkesan-untuk.html


Komen


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 26, 2012

KEMBALI BERDIET..

Assalamualaikum..
Cakk!! windunyer kat blog nih... mcm biasalah.. kalau x diet senyap sunyi, bila dah start diet baru la nk habaq kat sini.. apa punya org la..kan? hehe Patut blog nih kene tukar nama "Bila Aku Diet" kah kah
Last update berat jumaat lepas dengan hati yang bengkak dan padan muka 69.5kg... haha bukankan last CDCS 66.5kg?!!! penimbang tu demam bukan saya kut..
Yang lepas biarlah berlalu ... nadia dah mulakan azam baru... nak hilangkan lagi 10kg agar mencapai berat 60kg... best tengok gambar2 kejayaan orang lain dari kembang kepada kuncup, teringin dowh!!
Best jugak bila orang tegur kita dan kurus, doa tu... hehe
Nadia mencari semangat dan sebab untuk kuatkan keazaman berdiet, so belek2 pic lama2 baru tersedar betapa nak meletup saiz muka nadia dolu2... gedebab tak ingat cek oi!!
dan bila tengok pic sekarang ... NO still x cukup berbeza, namun tetap bersyukur kepada Allah.. Alhamdulillah... Mood dan kehidupan semakin bahagia, itu yang penting...
Lihatlah betapa bulatnya muka ku dan badanku
FEB 2011 (malu!!)

6 bulan selepas tu pun masih sama, bulat dan sihat
OGOS 2011 (hari raya!!)
Lepas tengok gambar2 nih baru aku perasan, gemuk betul aku ni dulu yer.... (haha baru tau) tapi dengan kehilangan 10kg yang x berapa nak menentu jugak jumlahnya.. aku dapat lihat kelainan dalam gambar2 yang diambil... Ce korang tengok pulak...
Inilah gambar pertama yang aku dah mula perasan badan dah kecik, heheh
DIS 2011 (selepas 1 bulan berdiet)
Ini gambar dengan seluar jeans baru, muka dah kecut sikit tu... heheh ok tak?
JAN 2012 (selepas 2 bulan berdiet)
Ini jer pic yang saya jumpa pakai baju yg sama sebelum dan selepas...:)
Disebabkan saya menatap dan melihat gambar2 di atas, saya telah mencabar diri untuk memastikan gambar kali ini lebih nampak perbezaannya... bukan untuk orang lain tapi untuk en suami yang bersusah payah bangun pagi dan buat breakfast + lunch atkins untuk saya bawak ke opis...Saya sayang En Suami (Mr A) hehe.... doakan yer... sama2 kita gembirakan diri dan keluarga!! YUK!!

Tuesday, January 10, 2012

Matlamat Baru

Alhamdulillah...
Diet serius dah bermula 2 hari, tapi nama dietnya serius tapi perlaksanaannya tidak begitu serius sebab makan biskut oreo dan putu piring untuk 2 hari ni... Patut ker? I'm craving for something sweet!! dan saya asyik ngantuk jer.... dulu berdiet segar jer.. maybe gula dlm badan dah banyak saya topap selama 10 hari... inilah kesan2 yg perlu saya lalui... pandai kan buat andaian sendiri...

Okaylah, berbalik kepada tajuk saya Matlamat Baru, tadi time keje, saya ber PM dgn Maiza Nordin one of the KMMK members...sebenarnya dia nak alamat untuk pos hadiah sebab saya dapat tempat kedua dalam cabaran CDCS aritu...pergh dapat tempat kedua! tak sedar pun... Dapatlah satu idea dari maiza nie...

Kalau nanti dah capai berat 60kg, enjoy dulu jadi kurus 1 @ 2 tahun, sebab bukan senang nak kurus, lepas tu barulah mengandung....

Kalau time nak makan yang kantoi, Ingat!!
KALAU MAKAN BANYAK, LAMBATLA NAK DAPAT BERAT IDEAL, LAMBAT LA NAK MELARAM BAJU KURUS, LAMBAT LAGI LA NAK PEKNEN"

Kenapa aku tak pernah pikir kan? Yang aku tahu, aku dapat 60kg jer aku terus nak ngandung... hehe terukkan aku nih? Kadang2 gajah depan mata tak nampak, semut juga yang kita nampak.. itulah aku.. Apa gunanya kawankan? :)

Followers

LilySlim Weight loss tickers

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...